Wednesday 12 December 2012

Model Assure



MODEL  ASSURE
Pendahuluan        
Model ASSURE merupakan satu rujukan bagi guru di mana guru boleh merancang secara bersistematik agar pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan berkesan , bersistematik mengikut urutan dan berjalan dengan lancar. Menurut Heririch dan rakan-rakannya ( 1982 ) model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan penggunaan media dalam instruksi. Model ASSURE ini merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop rekabentuk pengajaran yang luas. Perancangan yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan.
ASSURE adalah akronim kepada huruf yang pertama. Model ASSURE terdapat 6 langkah utama dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE
A – analyze leaners ( membuat analisis dan gaya pembelajaran murid ),
S – state objectives ( nyatakan objektif atau hasil pembelajaran; darjah prestasi yang boleh  
       diterima ) ,
S – select methods ( pilih kaedah , media dan bahan pengajaaran dan pembelajaran ) ,
U – ultilize media and material ( guna media dan bahan ) ,
R – require leaner participation ( dorong penglibatan pelajar ) ,
 E – evaluate and revise ( nilai dan semak )


1.      A – analyze leaners ( membuat analisis dan gaya pembelajaran murid )

Komponen menganalisis murid merupakan salah satu komponen yang perlu dititik beratkan sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia seharusnya disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar , kandungan pelajaran , kaedah , media dan bahan pelajaran itu sendiri. Ciri-ciri pelajar yang perlu kita ketahui amatlah luas. Oleh yang demikian, penelitian haruslah dibuat agar guru dapat mengetahui latar belakang seseorang pelajar. Ciri-ciri pelajar yang perlu diketahui adalah seperti perbezaan dari segi keupayaan , kecerdasan , bakat , minat , kecenderungan , sikap , emosi dan sebagainya. Daripada penganalisis inilah membolehkan guru menentukan kaedah , media dan bahan yang sesuai digunakan semasa mengajar.

Analisis pelajar boleh dikategorikan kepada tiga perkara. Yang pertama ciri-ciri umum. Analisis ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan pelajar pada hari pertama persekolahan.Ciri-ciri umum pelajar termasuklah seperti umur , tahun , kelas , aliran , jantina , penempatan atau daerah atau kawasan , budaya dan seumpamanya.Guru harus menjadi pemerhati semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan.Pemerhatian yang boleh dilakukan adalah dengan memerhatikan keadaan fizikal dari segi pakaian , personaliti , keterampilan , kekemasan dan sikap mereka. Guru juga boleh mengajukan beberapa soalan secara lisan kepada pelajar agar guru dapat menyelidik pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Walupun ia dikenali sebagai soalan lisan  guru haruslah menyediakan atau menyenaraikan soalan-soalan yang sesuai. Guru perlu menyediakan soalan-soalan dengan lebih awal.Melalui penyenaraian ini guru dapat menyemak soalan dengan lebih bersistematik dan seragam antara pelajar dengan pelajar yang lain. Soalan tersebut boleh ditujukan kepada pelajar lain seorang demi seorang. Selain itu , untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah  meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung agar guru dapat mengetahui latar belakang dan sikap mereka. Persekitaran pelajar juga memainkan peranan penting pambentukan ciri pelajar tersebut. Pada aspek ini juga perlu diingatkan agar segala perbuatan dan perkataan yang diajukan hendaklah sentiasa dijaga supaya tidak menyentuh perasaan yang boleh menimbulkan masalah. Pemilihan kaedah , sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar , bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Yang kedua ialah kompetensi khusus peringkat masuk. Ini adalah berkaitan tentang pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Sebagaimana yang kita ketahui setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang berbeza-beza di dalam bilik darjah. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya ,mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulu dengan mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas.  Sebagai contoh pelajar tahun satu sebilangan dari mereka mungkin telah pandai membaca dan mungkin sebilangan dari mereka masih tidak tahu membaca hasil dari aktiviti mereka semasa berumur enam tahun. Perkara ini sering berlaku di setiap sekolah. Oleh itu sebagai seorang guru , mereka haruslah menyediakan soalan-soalan yang berkaitan tentang perkara yang berkaitan. Hasil dari jawapan pelajar ini dapat membantu guru mengetahui dan mengesan tahap pengetahuan mereka dan pengalaman sedia ada mereka. Dapatan dari analisi itu tadi dapatlah guru meletakkan mereka mengikut kumpulan atau kelas yang berbeza-beza mengikut tahap pencapaian mereka. Guru akan mengajar murid mengikut tahap mereka dengan perancang pengajaran yang sesuai dan berkesan berdasarkan pelajar. Pelajar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi seharusnya diajar dengan kaedah yang berbeza dengan pelajar yang lemah. Selain itu dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivisme. Melalui ini juga dapat membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab.  Guru harus ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari , mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan. Aspek ini tidak boleh diperkecilkan kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran pelajar. Jika semua pelajar diajar dengan tahap yang sama pelajar yang lebih lemah akan sentiasa ketinggalan dan mereka tidak memahami apa yang diajar oleh guru.

Yang ketiga ialah gaya pembelajaran. Guru guru seharusnya merancang program dan aktiviti pembelajaran berkesan dan menarik. Guru sebagai model boleh menggunakan gaya seperti melakonkan keadaan mengikut tajuk. Gaya pembelajaran seharuslah lebih kreatif dan kreatis. Murid lebih suka dengan gaya pembelajaran yang melibatkan komunikasi dua hala iaitu di antara guru dan murid . Pembelajaran ini kebiasaannya guru adalah hanya sebagai pembimbing.Pelajar suka belajar berdasarkan apa yang menarik dilihat. Penumpunan akan timbul sekiranya guru dan murid sama-sama aktif di dalam kelas. Pelajar juga mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran  merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat , membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. Selain itu sebagaimana yang kita ketahui pada masa kini ramai pelajar yang lebih berminat kepada gaya pembelajaran yang melibatkan media. Contohnya seperti bahan grafik, animasi , visual dan audio. Melalui cara ini pelajar tertarik dari segi persembahan dan warna. Tarikan ini membolehkan pelajar merasa lebih seronok dan menimbulkan perasaan ingin tahu perkara seterusnya. Gaya pembelajaran dapat mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Selain itu kelas akan mudah dikawal sekiranya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya berdasarkan apa yang dilihat itu. Sekiranya gaya pembelajaran yang dilakukan dapat menarik minat murid maka  ia  dapat meningkatkan pencapaian akademik , sikap dan disiplin pelajar. Tiada lagi timbul masalah murid ponteng kelas , tidur di dalam kelas , bising di dalam kelas atau keluar dari kelas.




2. S – State objective ( nyatakan objektif )

Langkah seterusnya adalah dengan menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran secara khusus.Dalam sesuatau pengajaran dan pembelajaran objektif adalah amat penting dan harus dinyatakan dengan jelas. Guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid. Objektif mestilah spesifik. Objektif tersebut seharusnya sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkah laku yang akan berlaku pada pelajar. Pernyataan objektif pembelajaran dapat membantu guru supaya lebih fokus kepada perkara yang sepatut dipelajari dan dikuasai pelajar. Pernyataan objektif juga dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif  terlebih dahulu. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pengajaran yang dibuat. Secara rasionalnya, objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan.Pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar lebih memahami dengan baik dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru. Objektif perlu dipastikan agar menepati kehendak pengajaran. Objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

i.                    Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut ?
-          Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran. Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dlam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.
ii.                  Apa objektif yang hendak dicapai ?
-          Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaraan dan pembelajaran hendaklah dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah melakar , menamakan , meramal , membaca , menjawab , melukis , menilai , melabel dan menjelas.
iii.                Bagaimana objektif hendak dicapai
-          Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana , langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

iv.                Berapakah ukuran tahap minimum yang hendak dicapai ?
-          Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Penyataan pengukuran pencapaian ni akan membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran ialah :
-          Pada akhir pengajaran dan pembejaran pelajar dapat :
·         Menyenaraikan kata nama am sekurang-kurangnya 8 dari 10 dengan betul.
·         Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya lima kata nama khas.

Selain daripada itu, objektif yang baik seharusnya boleh diukur dan dilakukan oleh pelajar setelah mengikuti sesuatu unit pengajaran dan pembelajaran. Objektif melibatkan apa sahaja berdasarkan tajuk pelajaran yang dipelajari dan dikuasai. Contohnya  pengetahuan , kemahiran, perubahan tingkah laku , sikap , perangai dan sebagainya. Guru akan berasa puas hati sekiranya objektif pengajaran akan tercapai. Sekiranya objektif pengajaran tidak tercapai ini bermakna terdapat masalah terhadap pengajaran tersebut. Oleh itu guru perlu mengkaji masalah tersebut dan cara mengatsinya.Sebagai contoh dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia objektif yang terkandung di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyenaraikan lima kata nama am dan lima kata nama khas. Sekiranya pelajar dapat mennyenaraikan kelima kata nama am dan kata nama khas maka objektif tersebut tercapi dan pengajaran berjaya. Dengan itu, guru boleh meneruskan kepada tajuk yang lain. Tetapi jika pelajar gagal menyenaraikan lima kata nama am dan kata nama khas maka objektif tidak tercapai dan pengajaran dan pembelajaran tidak berjaya. Sekiranya ini berlaku maka guru haruslah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif , bersistematik  difahami. Untuk memastikan objektif tercapai guru harus melakukan beberapa perkara
iaitu :
            i           menentukan strategi pengajaran
            ii          mengenalpasti bahan pengajaran dan pembelajaran
            iii         menentukan tugas dan aktiviti yang hendak dijalankan
            iv         menganggarkan bentuk penilaian
            v          menentukan masa dan ruang
            iiv        menganggarkan kadar pencapaian pelajar

3.S - Select methods, media and material ( Pemilihan kaedah , media dan bahan sumber )

Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar da matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Menurut Mc Alpine & Werson ( 1994 ) dipetik oleh Hwinich
( 1999 ) untuk memilih bahan sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya :
·         Adakah bahan ini menepati kurikulum ?
·         Adakah isi pelajaran menepati kurikulum ?
·         Adakah laras bahasanya jelas ?
·         Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar ?
·         Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar ?
·         Adakah bahan ini berkualiti ?
·         Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan ?
·         Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak ?
·         Adakah ada panduan pengguna ?
Terdapat 3 langkah dalam penilaian di sini :
·         Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran.
·          Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.
·         Memilih , mengubahsuai atau mereka bentuk media yang ditentukan.

3.i) Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran pelbagai kaedah yang berbeza yang akan diaplikasikan untuk disuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah tersebut akan dijalankan secara berperingkat supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan bersistematik mengikut kronologi dan masa yang ditetapkan. Dalam satu pengajaran pelbagai kaedah yang berbeza akan diaplikasikan untuk disuaikan pada pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik minat pelajar. Contohnya set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan yang dijalankan haruslah mengikut pengalaman sedia ada murid dan minat pelajar. Contohnya kaedah simulasi , demonstrasi , latihan dan latih tubi.




3.ii) Memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Contoh media yang boleh dipilih seperti slaid , video , tayangan komputer multimedia. Format media pengajaran yang dipilih perlu sesuai dengan pelajar. Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran yang berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi atau media yang sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi atau media yang abstrak.Pemilihan media pengajaran yang perlu diberi tumpuan berasaskan kriteria yang tertentu. Kriteria tersebut ialah sepadan dengan kurikulum, maklumat tepat dan terkini , bahasa yang jelas dan tepat , menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar, Media yang digunakan juga haruslah perkara yang dapat menggalakkan penglibatan pelajar dan mempunyai teknikal kualiti yang baik. Media tersebut perlu juga mempunyai  bukti keberkesanannya dan mempunyai buku panduan yang lengkap. Warna dalam sesuatu media yang digunakan juga memainkan peranan yang penting. Warna yang menarik menimbulkan tarikan pelajar di mana murid akan berasa seronok dan pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna. Pelajar akan sentiasa menanti waktu pengajaran dan pembelajaran itu dijalankan. Media yang menarik secara keseluruhannya akan menjadikan pengajaran tersebut lebih bermakna. Namun begitu perlu diingat bahawa penggunaan media perlu mengambil kira tentang kos. Masa dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah tepat. Penggunaan media yang mengambil masa yang panjang akan memencangkan pengajaran tersebut. Oleh itu guru harus merancang masa penggunaan media agar penggunaan media lebih bersistematik mengikut masa yang telah diperuntukkan.
3.iii) Mereka bentuk media
Sekiranya kita gagal untuk memilih media yang sesuai adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia. Terdapat tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubah media yang tersedia atau menyediakannya.Perkara tersebut adalah seperti objektif pelajar. Di sini guru harus memikirkan apakah yang perlu pelajar tersebut mencapai. Perkara tersebut adalah seperti     objektif,  pelajar,  kos, kepakaran teknikal dan peralatan. Mereka bentuk secara kreatif dan melibatkan pelajar secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir di kalangan pelajar. Oleh  itu ia mampu merangsang tingkahlaku dan minda pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
4. U – Use media ( Gunakan media )
Dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran penggunaan media dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat amat efektif dan sesuai kepada para pendidik. Berikutan itu juga satu perkembangan pesat dalam pembangunan industri dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvensional ke arah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan pelajar. Namun begitu penggunaan media dan bahan dalam pengajaran ada fasa yang amat kritikal kerana walau secanggih atau secantik manapun pembinaan media tetapi jika ia gagal digunakan dengan baik ia akan memberi kesan yang amat negetif. Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik.
Yang pertama ialah guru haruskan menyediakan media dan bahan yang digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Sebelum itu guru haruslah meneliti dan melihat (preview ) video tersebut sebelum mengajar. Ini bertujuan supaya guru dapat bersedia dan melihat sama ada isi kandungan dan tujuan yang telah ditetapkan sesuai dengan mata pelajaran yang hendak diajar. Begitu juga dengan kesesuaian masa yang telah diperuntukkan bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam satu mata pelajaran.
Yang kedua ialah guru seharusnya menyediakan media dan bahan , alat serta kemudahan yang diperlukan sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut aktiviti pengajaran. Guru perlu merancang dan menentukan urutan apakah yang akan digunakan untuk memanfaatkan media tersebut. Ini bertujuan agar tidak ada pembaziran masa. Sekiranya waktu pemasangan bahan media diselenggarakan semasa bermulanya pengajaran dan pembelajaran ia akan mengambil masa yang ada dan masa untuk mengajar adalah lebih  pendek. Jika ini berlaku segala aktiviti dan objektif tidak akan tercapai. Murid akan berasa kecewa dengan pengajaran pada hari tersebut. Jika ia penyediaan dilakukan dengan lebih awal maka guru dapat mengenalpasti kerosakan perkakas media tersebut dan ini membolehkan guru melakukan alternatif lain.
Yang ketiga ialah guru harus menyediakan tempat pelajar itu belajar. Contohnya seperti di dalam kelas , dalam bilik tayangan , makmal komputer , pusat sumber  atau di tempat-tempat yang sesuai dengan pelajaran tersebut. Tempat-tempat tersebut haruslah dibuat pemerhatian terlebih dahulu keselesaannya. Kebersihan sesuatu tempat juga memainkan peranan yang penting agar keselesaan dapat dicari oleh pelajar. Selain itu suhu , pengudaraan dan pencahayaan haruslah sesuai. Jika tempat-tempat tersebut selesa dan dipenuhi maka pelajar dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Yang keempat guru seharusnya menyediakan pelajar. Guru perlu memastikan setiap pelajar  harus sentiasa bersedia sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Bilangan murid yang hadir menunjukkan sikap mereka terhadap pengajaran kita. Sebagai mana yang kita ketahui jika kedatangan murid memuaskan pada setiap pengajaran guru ini bermakna pengajaran yang kita jalankan  lebih bermakna kepada pelajar dan ia telah menarik minat pelajar untuk belajar.
Yang kelima ialah pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar. Pengajaran berpusatkan pada guru , maka guru harus menyediakan  sebagai seorang guru yang professional. Jika pengajaran tersebut berpusatkan kepada pelajar maka guru harus berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing.  Guru perlu merancang bagi mengenalkan pelajar mencari topik dari internet,perbincangan isi kandungan , menyiapkan portfolio atau membuat pembentangkan maklumat kepada rakan sekelas. Guru harus merancang untuk menyediakan set induksi yang menarik atau menyatakan tujuan dan objektif pembelajaran.

5. R- Require Leaner Response ( Libatkan pelajar dalam pembelajaran )
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan , latih tubi , latihan bertulis , permainan bahasa , kuiz , projek  dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.  Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta diberi selepas member tindakbalas yang betul.
Sekiranya pelajar terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran suasana kelas akan kelihatan lebih aktif dan menyeronokkan. Murid dapat merasakan pengajaran tersebut lebih bermakna. Sesuatu pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan proses perubahan tingkah laku yang diharapkan. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar. Penggunaan seperti gambar , foto , slaid gambar bersiri , video , mencetuskan perbincangan dalam kumpulan dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.



6. Evaluation ( Nilai dan semak semula )
Langkah yang keenam ini ialah melakukan penilaian dan pengubahsuaian sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh. Dengan kata lain penilaian adalah proses membuat pertimbangan nilai teatang sesuatu perkara. Pernyataan tentang hasil tujuan akan membantu untuk mengembangkan kriteria baik untuk pelajar mahupun sesuatu kelompok. Ini semua bertujuan agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran.
Keputusan ini bukan sahaja diambil apabila semua pengajaran berakhir tetapi penilaian dan pengubahsuai ini berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum , semasa dan selepas pengajaran. Ini dapat memastikan pemilihan objektif , media dan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Guru perlulah melakukan sesi refleksi pada murid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid bagi mengetahui apa yang telah murid perolehi daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Sesi ini juga dapat membantu dan menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya. Guru harus memastikan :
-           Adakah pencapaian antara apa yang diharapkan berlaku?
-           Apakah pelajar dapat mencapai objektif ?
-           Bagaimana pelajar merealisasikan media yang disediakan?
-          Adakah pelajar berpuas hati dengan media yang digunakan?
Guru seharusnya melakukan refleksi pelajaran pada setiap kompenan. Buat catatan segera sebelum mengaplikasikannya pada pengajaran yang lain. Apabila hasil itu mempunyai kelemahan pada kompenan yang tertentu maka guru harus memperbaikinya. Sekiranya pencapaian adalah memuaskan ini menggambarkan objektif  merancang telah tercapai, penggunaan media , kaedah dan bahan adalah tepat dan bersesuaian.
Penutup
            Berdasarkam model ASSURE pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pemilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE ini dapat mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui model ini juga pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara terancang. Model berfokuskan kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Model ini dapat menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunakan media. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik.

kajian kes



Kajian Kes: Seorang guru yang bermasalah di sekolah

Abstrak
Kajian kes yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji seorang guru yang bermasalah di sekolah kebangsaan. Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat seorang responden iaitu guru lelaki yang bermasalah di dalam sekolah. Di samping itu, melalui kajian juga menunjukkan responden mempunyai masalah seperti datang lewat ke sekolah, tidak boleh bekerjasama dengan guru lain dan menguruskan perniagaan.
Pendahuluan
Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Ia adalah satu profesion sama seperti kerjaya-kerjaya yang lain. Kerjaya keguruan tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpujji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajar. Masalah ini memuatkan hasil tinjauan tentang sikap dan masalah guru di sekolah rendah kebangsaan. Penemuan kajian ini mendapati bahawa responden  menunjukkan beberapa sikap yang negetif terhadap tanggungjawab beliau di dalam sekolah, rakan sejawat dan murid-murid.
Ahli-ahli penyelidik memberi pelbagai takrifan tentang istilah sikap. Mengikut Anderson ( 1994) terdapat lima ciri sikap yang jelas iaitu emosi, sasaran, arah tuju, kekuatan dan ketekalan. Ciri emosi boleh dibahagikan kepada ukuran positif, neutral dan negatif. Jika sesuatu sikap adalah positif, ia akan dituju dengan baik ke sasarannya dan sebaliknya. Sikap seseorang boleh diukur dengan memberi pernyataan yang membolehkannya memberi respons sama ada positif atau sebaliknya terhadap item yang diberikan.







Penyataan masalah

            Berdasarkan huraian permasalahan yang dibuncangkan di bahagian latar belakang dengan itu penyelidik ingin meninjau sejauh mana tahap kesedaran guru terhadap etika profesion perguruan dan pembangunan sahsiah yang merupakan suatu item yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.

Kepentingan kajian
            Penyelidik berharap agar hasil kajian terhadap permasalahan guru dapat ditangani dan dibendung bagi membantu membentuk semula sikap dan sahsiah guru. Selain itu, etika yang berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu berinteraksi dengan orang lain secara secara berprotokol, sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Alat kajian
            Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dua jenis atau kajian sahaja iaitu soal selidik dan pemerhatian. Menurut Tuckman (1978) instrument berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapat maklumat daripada responden jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai.












Latar belakang guru bermasalah
Nama                           : Rahman b. Mahmud
Umur                           : 47 tahun
Status                          : Berkahwin
Tarikh lahir                  : 5 Ogos 1965
Bangsa                        : Melayu
Agama                         : Islam
Jantina                         : Lelaki
Keluarga                      : Mempunyai seorang isteri dan lima orang anak
Akademik                   : Sijil Pelajaran Malaysia
Ikhtisas                        : Sijil Perguruan Malaysia
-          Pengkhususan Am
Tempoh bekerja           : 25 Tahun
Nama Sekolah             : Sekolah Kebangsaan Dato’ Kamal
Alamat                        : Jalan Sepang, 71800 Nilai, Negeri Sembilan








Kronologi masalah pertama
1.      Datang lewat ke sekolah
            Saya sebagai penyelidik mendapati bahawa responden sering datang lewat ke sekolah. Masalah ini dilihat amat ketara apabila perhimpunan rasmi sekolah dijalankan pada hari Isnin yang bermula pada pukul 7.45 pagi. Responden sering tidak menghadirkan diri ke perhimpunan rasmi yang dijalankan hampir setiap minggu. Terdapat juga beberapa kali responden menghadirkan diri lambat dari waktu perhimpunan dijalankan. Jika responden datang lewat ke perhimpunan beliau akan mengelilingi murid di bahagian belakang dengan tujuan seolah-olah Guru Besar tidak perasan akan kehadirannya. Pihak pentadbir pernah menanyakan hal tersebut kepada responden namun responden menjadikan kesihatannya sebagai alasan bahawa responden tidak dapat bangun awal pagi. Pihak pentadbir mengakui bahawa perlakuan tersebut adalah salah di sisi etika sebagai seorang guru namun tiada sebarang tindakan yang dilakukan. Malah pihak pentadbir merasa simpati di atas penyakit yang menimpanya. Sebagaimana yang kita ketahui dalam etika pengurusan masa SPI. BIL 2/1982 seorang guru haruslah bertanggungjawab dalam kehadirannya ke sekolah. Sebagaimana hasil dari dapatan siasatan didapati kehadiran responden telah mencapai tahap kritikal semenjak tahun 2010. Apabila responden sering datang lewat ke sekolah masalah ini juga akan menyebabkan responden masuk lewat ke kelas dan adakalanya juga responden tidak masuk ke kelas. Murid-murid yang datang ke sekolah mengharapkan ilmu pengetahuan tetapi malangnya responden tidak menganggapkan itu satu perkara yang penting dan sentiasa mengabaikan tugasnya sebagai seorang pendidik. Responden mementingkan wang gaji yang diterima tanpa mewujudkan kejujuran terhadap tanggungjawabnya. Pada dasarnya pelbagai perkara yang tidak diingini akan berlaku di atas kelewatan atau ketiadaan guru di dalam kelas. Yang pastinya suasana bising dan huru hara berlaku di dalam kelas. Murid-murid berani keluar masuk kelas dengan bebas. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya kes-kes buli dikalangan murid kerana tiada pengawasan guru di dalam kelas. Responden sering memberikan pelbagai alasan. Pihak pentadbir pernah mengadakan mesyuarat namun beliau akan menyatakan penyakit beliau sebagai alasan dan responden sama sekali tidak mengaku yang responden  tidak pernah tidak masuk di dalam kelas. Pihak pentadbir sering percaya akan segala alasan yang diberikan tanpa membuat penegasan di atas kesalahan yang dilakukan.

2.      Tidak boleh bekerjasama dengan guru lain.
            Saya sebagai penyelidik mendapati responden tersebut tidak boleh bekerjasama dengan guru lain. Responden bukan seorang yang pendiam tetapi menjadikan status pangkatnya iaitu Guru Hal Ehwal Murid adalah penyebab beliau tidak seharusnya berkomunikasi dengan guru yang lain. Responden menganggap komunikasi itu akan menjatuhkan status pangkatnya. Oleh kerana responden kurang berkomunikasi dengan guru yang lain beliau sering membuat keputusan beliau sendiri tanpa sebarang perbincangan atau mesyuarat. Keputusan yang dibuat oleh beliau akan dimaklumkan terus di dalam menyuarat. Ini menyebabkan tugasan yang diberikan akan membebankan guru sebagaimana yang kita ketahui guru di sekolah gred B mempunyai tanggungan kerja yang teramat banyak. Responden menganggap segala keputusannya perlu diterima tanpa sebarang mesyuarat dan perbincangan tanpa memikirkan bebanan kerja yang ditanggung oleh guru yang lain. Selain itu responden sering melepaskan tugasan dan tanggungjawabnya kepada setiausahanya. Kejadian ini telah berlaku pada 23 Mac 2012 di mana pada waktu tersebut penyerahan Bantuan Wang Awal Persekolahan dan Kumpulan Wang Pelajar Miskin. Tugasan penyerahan wang tersebut telah diserahkan sepenuhnya kepada setiausahanya sedangkan tugasan tersebut perlu dilaksanakan bersama oleh responden. Hasil soal selidik dari kejadian itu di dapati responden sedang makan di kantin. Pada 20 April 2012 responden telah memburuk-burukkan beberapa orang guru kepada pihak pentadbir supaya pihak pentadbir merenggangkan persahabatannya dan membenci guru tersebut. Seperti yang kita ketahui seorang guru haruslah bertanggungjawab terhadap rakan sejawat. Guru tidak perlu membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang. Selain itu responden haruslah sentiasa membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan. Pada 23 April 2012 ( Isnin) setiausaha merasa dirinya dibebani oleh kerjanya dan mengambil keputusan untuk  mendiamkan diri tanpa menghiraukan kerja yang diarahkan. Di atas tindakan setiausahanya responden telah memecat jawatan setiausaha atas alasan setiausaha tidak dapat bekerjasama dengan responden dan tidak dapat melakukan tugasan yang diberikan sedangkan segala tugasan sebelum itu setiausaha melakukan kerja secara bersendirian. Responden mempunyai perasaan dendam sekiranya seseorang guru mengingkari tugasan dan arahan yang diberi olehnya. Responden sering mengugut bahawa markah prestasi akan terjejas sekiranya guru tidak melakukan tugasan yang diberi.

3.      Menguruskan perniagaan
            Saya sebagai penyelidik mendapati bahawa responden tersebut telah menjalankan perniagaan di luar waktu sekolah. Permasalahan ini telah berlanjutan sejak dari 3 tahun yang lalu. Terdapat beberapa kes yang telah berlaku yang boleh dilihat bahawa aktiviti perniagaannya mendatangkan masalah kepada sekolah. Kes yang pertama, pihak sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum sekitar pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Responden sering pulang awal dari waktu yang telah ditetapkan tanpa memaklumkan tindakannya kepada pihak pentadbir. Responden melepaskan tanggungjawabnya kepada guru yang lain dan murid-murid sering diabaikan. Kes yang ke dua, pihak pentadbir mempertanggungjawabkan responden agar melatih pasukan bola sepak pada waktu petang kerana cuaca yang lebih sesuai latihan dijalankan. Responden melatih pasukan bola sepak pada pukul 2.00 petang dengan cuaca yang begitu terik dan mungkin akan menyebabkan murid jatuh sakit. Responden menjadikan alasan yang beliau  perlu pulang awal tepat pada masanya agar responden dapat  menjalankan perniagaannya. Ibu bapa sering merungut di atas tindakannya itu namun rungutan itu tidak dihiraukan. Kes yang ketiga, responden tidak mahu terlibat dalam aktiviti sekolah, membantah atau melawan sebarang tugasan dan arahan yang diberi oleh pihak pentadbir. Responden sering beranggapan segala kerja di dalam sekolah sering sahaja diberikan olehnya sedangkan guru yang lain turut menjalankan tanggungjawab mereka. Responden akan menarik muka sekiranya pihak pentadbir memberi teguran dan beranggapan pihak pentadbir menyusahkan dirinya walaupun tugasan yang diberikannya itu adalah satu tanggungjawabnya kepada murid.








Analisis masalah berdasarkan satu teori yang dipelajari.
1.      Rasional Pemilihan Teori Maslow
Teori Maslow adalah teori yang mengkaji mengenai psikologi manusia, perkembangan manusia, potensi dan juga kebaikan manusia. Menurut Maslow bahawa setiap individu mempunyai kebebasan, melalui kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu untuk mencari kesempurnaan dan mencapai makna kehidupan yang sebenar. Personaliti manusia adalah unik. Maslow berpendapat sungguh pun motivasi dan keperluan manusia mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupannya. Manusia akan lebih produktif dan lebih gembira jika dia dapat mempelajari dan menggunakan segala potensi.
Oleh itu, di dalam Teori Maslow yang dikenali sebagai Teori Keperluan Hierarki telah menghuraikan bahawa terdapat lima keperluan asas manusia. Berdasarkan kepada lima keperluan manusia ini yang akan mempengaruhi dan menentukan sikap dan juga tingkah laku manusia. Susunan keperluan adalah seperti berikut:
i.                    Keperluan Fisiologi
ii.                  Keperluan Keselamatan
iii.                Keperluan Kasih Sayang
iv.                Keperluan Penghargaan Kendiri
v.                  Keperluan Kesempurnaan Kendiri

Keperluan-keperluan ini telah disusun mengikut urutan dari keperluan yang yang paling kuat ke keperluan yang paling lemah. Keperluan peringkat bawah adalah keperluan diperingkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan. Bagi memenuhi keperluan ini maka terdapatnya tingkah laku yang berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Namun begitu secara umumnya hanya satu sahaja keperluan yang akan mendominasi personaliti kerana tidak semua keperluan yang dapat dipenuhi pada masa yang sama.
2.      Analisis masalah berdasarkan Teori Maslow.
Tahap keperluan manusia yang pertama ialah fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas. Manusia memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhi kehendak utama ini. Pada masa ini keperluan lain tiada keutamaan selagi kehendak asas dipenuhi dahulu. Permasalahan ini dapat dirujuk kepada responden dimana responden telah menjalankan aktiviti perniagaan semasa bertugas dan selepas bertugas. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh responden mengalami masalah kewangan. Hal demikian berlaku kerana responden mempunyai tujuh orang anak yang masih bersekolah dan keadaan ini menyebabkan responden mengalami masalah kewangan. Memandang perbelanjaan pendidikan anak-anak meningkat terutamanya perbelanjaan anak-anak responden yang sedang belajar di IPT. Disamping itu, masalah kewangan itu juga disebabkan oleh gaya hidup responden yang agak mewah. Responden gemar berpakaian yang berjenama serta mempuyai kenderaan mewah. Oleh itu adalah sukar bagi responden untuk menumpukan perhatian kepada pekerjaan kerana asyik memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan untuk memenuhi keperluannya. Maka responden lebih banyak menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan asasnya berbanding dengan tugas rasminya.
Tahap kedua keperluan manusia yang kedua pula adalah keperluan keselamatan. Keselamatan ini bermaksud individu akan cuba berusaha bagi menjamin penerusan hidupnya dengan mendapatkan sumber kewangan supaya mampu mendapat rumah atau tempat tinggal yang sesuai. Oleh itu jika dirujuk kepada responden bahawa beliau mempunyai tanggungan yang ramai iaitu seramai sepuluh orang. Tanggungan itu termasuklah responden suami isteri, tujuh orang anak dan juga ibu responden. Hal yang demikian kerana rumah yang selesa dan sempurna diperlukan untuk menjamin kestabilan dan keselamatan hidupnya. Oleh itu responden telah melakukan pekerjaan atau perniagaan lain untuk menampung kos hidup terutama dari segi menyediakan rumah yang selesa untuk dirinya dan juga keluarga.
Manakala tahap ketiga pula menjelaskan mengenai keperluan sosial atau kasih sayang.  Individu kini beralih kepada keperluan yang tidak kurang penting dalam hidup iaitu keinginan kepada interaksi sosial.  Keadaan ini dapat digambarkan melalui pemerhatian saya terhadap responden yang mempunyai sikap tidak mahu berkomunikasi dengan baik antara rakan sejawat. Responden bukan seorang yang pendiam tetapi menjadikan status pangkatnya iaitu Guru Hal Ehwal Murid adalah penyebab beliau tidak seharusnya berkomunikasi dengan guru yang lain. Responden menganggap komunikasi itu akan menjatuhkan status pangkatnya. Oleh kerana responden kurang berkomunikasi dengan guru yang lain beliau sering membuat keputusan beliau sendiri tanpa sebarang perbincangan atau mesyuarat. Keputusan yang beliau dapat itu akan dimaklumkan terus di dalam menyuarat. Ini menyebabkan tugasan yang diberikan akan membebankan guru sebagaimana yang kita ketahui guru di sekolah gred B menanggung kerja yang teramat banyak. Responden menganggap segala keputusannya perlu diterima tanpa sebarang mesyuarat dan perbincangan tanpa memikirkan bebanan kerja yang ditanggung oleh guru yang lain. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerana responden mempunyai pengalaman  masa lampau iaitu pada zaman kanak-kanak bapanya adalah seorang yang garang. Jika bapanya mengarah untuk melakukan sesuatu perkara ianya tidak boleh dibantah oleh sesiapa. Oleh itu responden telah terikut-ikut atau terpengaruh dengan sikap bapanya itu tadi. Maka keperluan kasih sayang dan interaksi sosial harus dipenuhi oleh setiap manusia karana sememangnya manusia tidak boleh wujud bersendirian.
Tahap kempat pula menyatakan mengenai keperluan penghargaan diri. Dalam tahap ini individu mungkin sudah mempunyai pekerjaan dan status yang kukuh. Oleh itu, mereka ingin pula rasa timbul perasaan ingin dihargai, tanggungjawab yang sesuai, pengiktirafan dan sentiasa ingin kepada arah yang lebih baik. Kerana itu jika keperluan penghargaan kendiri ini dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia akan membuatkan mereka berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang mereka ingini. Namun begitu apa yang diingini tidak tercapai maka akan menyebabkan mereka merasakan kekurangan harga diri dan seterusnya menimbulkan perasaan rendah diri, tidak bermotivasi dan sentiasa mengharapkan pertolongan org lain. Hal begini telah berlaku terhadap responden yang mempunyai rekod selalu lewat datang ke sekolah. Sebagaimana hasil dari dapatan siasatan didapati kehadiran responden telah mencapai tahap kritikal semenjak tahun 2010. Apabila responden sering datang lewat ke sekolah masalah ini juga akan menyebabkan responden masuk lewat ke kelas dan adakalanya juga responden tidak masuk ke kelas. Murid-murid yang datang ke sekolah mengharapkan ilmu pengetahuan tetapi malangnya responden tidak menganggapkan itu satu perkara yang penting dan sentiasa mengabaikan tugasnya sebagai seorang pendidik.
Tahap yang terakhir adalah keperluan kesempurnaan diri. Pada tahp ini individu sepatutnya telah dapat merasakan apa yang sepatutnya dicapai. Ini merupakan tahap yang dimana individu telah berupaya mempunyai perasaan puas terhadap apa yang telah dicapai selama ini. Perasaan ini hanya dapat dirasai oleh individu yang telah dapat memenuhi kesemua tap keperluansebelum ini dengan baik. Namun begitu terdapat tahap-tahap yang tidak dicapai oleh responden. Maka apabila berlakunya ketidak capaian ini, responden akan mengakibatkan tingkah laku yang tidak sepatutnya sebagai seorang penjawat awam.
Melalui teori humanistik ini telah member penekanan bahawa manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Jelaslah bahawa setiap keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhi keperluan setiap daripada keperluan-keperluan tersebut.

Cadangan pelan tindakan
Matlamat / Objektif
Tindakan
Sumber
Tempoh
Ciri-ciri kejayaan
Tarikh sasaran dicapai

Mencapai tingkah laku yang diingini.

1.       Berjumpa dengan kaunselor yang bertauliah.
2.       Kenalpasti masalah.
3.       Menjalankan ujian personaliti.
4.       Berjumpa kaunselor secara berkala.

1.       Kaunselor sekolah.
2.       Kaunselor luar.
3.       Bantuan kewangan daripada PIBG sekolah.
4.       Sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah.


Enam bulan

-Perubahan tingkahlaku.
-Cara berkomunikasi dengan rakan sejawat bertambah baik

Tarikh sesi akhir bersama kaunselor.
Matlamat / Objektif
Tindakan
Sumber
Tempoh
Ciri-ciri kejayaan
Tarikh sasaran dicapai

Program Guru Penyayang

-          Guru bermasalah melibatkan diri dalam program tersebut.


1.       Dilaksanakan di sekolah.
2.       Penglibatan guru dan murid-murid.
3.       Penerapan nilai-nilai murni dikalangan murid dan guru.
4.       Jadikan responden sebagai contoh guru penyayang peringkat sekolah.



1.       Peruntukan HEM (Hal Ehwal Murid)
2.       Guru-guru.

Januari hingga
November.

-          Guru yang bermasalah menunjukan perubahan tingkah laku yang positif.

November
















Matlamat / Objektif
Tindakan
Sumber
Tempoh
Ciri-ciri kejayaan
Tarikh sasaran dicapai

1.       Memotivasikan semua guru bagi meningkatkan taraf profesionalisma perguruan.
2.       Guru yang bermasalah mencapai etika dan standard guru.

1.       Pentadbir dan kaunselor sekolah.
2.       Penceramah dari Jemaah Nazir Kebangsaan

1.       Bantuan kewangan daripada PIBG sekolah.
2.       Tempat : - bilik seminar.

1 hari
(8.00pg – 4.00 ptg)

- perubahan tingkahlaku.
- cara guru bermasalah bekerja bertambah baik.











Matlamat / Objektif
Tindakan
Sumber
Tempoh
Ciri-ciri kejayaan
Tarikh sasaran dicapai

1.       Bimbingan melalui rakan sejawat.

1.       Rakan sejawat cuba memahami apa masalah yang dihadapi oleh guru bermasalah.
2.       Rakan sejawat membantu guru bermasalah dalam pembentukan tingkah laku.


1.       Pihak pentadbir.
2.       Guru-guru sekolah.

Sepanjang tahun


-          Perubahan tingkah laku yang positif.
-          Boleh berkomunikasi dengan guru lain dengan baik.
-          Boleh bekerjasama dengan guru-guru serta pentadbir lain.

Akhir tahun

Penilaian  pelan tindakan

PELAN TINDAKAN
SESI KAUNSELING
(BERJUMPA KAUNSELOR)
PROGRAM GURU PENYAYANG
PROGRAM MOTIVASI
BIMBINGAN RAKAN SEJAWAT
PERUBAHAN TINGKAH LAKU YANG DIINGINI
TIDAK BERJAYA
TIDAK BERJAYA
TIDAK BERJAYA
TIDAK BERJAYA
BERJAYA
BERJAYA
BERJAYA
BERJAYA
 





















Rumusan
Oleh itu saya amat pasti keberkesanan kajian ini bergantung kepada tindakan menyeluruh melalui pelan tindakan yang dibuat. Pelan tindakan itu telah dirangka khas bagi membina semula sahsiah guru yang bermasalah tersebut. Ini adalah kerana Teori Maslow (Teori Hierarki Keperluan Maslow) sering digunakan untuk meramal tingkahlaku orang dalam kelompok atau organisasi, dan bagaimana memanipulasi atau membentuk tingkahlaku tersebut dengan cara memenuhi keperluannya. Ianya bertolak dari dua andaian dasar iaitu :
  1. Manusia selalu mempunyai keperluan untuk berkembang dan maju;
  2. Manusia selalu berusaha memenuhi keperluan yang lebih pokok terlebih dahulu sebelum berusaha memenuhi keperluan lainnya, bermaksud keperluan yang lebih asas harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum keperluan tambahan yang lebih tinggi mengendalikan tingkah laku seseorang.

Yang penting daripada pemikiran Maslow ini adalah keperluan yang telah dipenuhi (sebahagian atau keseluruhan) akan berhenti daya motivasinya, kemudian motivasinya berpindah ke upaya untuk memenuhi keperluan lainnya yang lebih tinggi.
Pemahaman tentang adanya hubungan yang erat antara tingkah laku dan keperluan adalah penting untuk dapat mencipta kepuasan atau mengurangi ketidakpuasan individu anggota kelompok.
Oleh itu semua kerjasama dari semua pihak dalam komuniti sekolah amat sekali diperlukan dalam membantu responden merubah tingkah lakunya. Terutama sekali adalah responden itu sendiri. Responden haruslah menerima dan juga bersedia untuk melakukan perubahan tingkah laku serta mengikuti segala pelan yang telah dirancang bagi kebaikan dirinya. Ini adalah penting dalam menentukan etika dan juga standard guru dalam membentuk sahsiah yang unggul dan cemerlang.