MODEL ASSURE
Pendahuluan
Model ASSURE merupakan satu rujukan bagi guru di mana
guru boleh merancang secara bersistematik agar pengajaran dan pembelajaran yang
dihasilkan berkesan , bersistematik mengikut urutan dan berjalan dengan lancar.
Menurut Heririch dan rakan-rakannya ( 1982 ) model ini bertujuan untuk
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran
yang memerlukan penggunaan media dalam instruksi. Model ASSURE ini merupakan
sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah dan bukan
merangkumi satu skop rekabentuk pengajaran yang luas. Perancangan yang rapi dan
tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan.
ASSURE adalah akronim kepada huruf yang pertama. Model
ASSURE terdapat 6 langkah utama dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE
A – analyze leaners ( membuat analisis dan gaya
pembelajaran murid ),
S – state objectives ( nyatakan objektif atau hasil
pembelajaran; darjah prestasi yang boleh
diterima )
,
S – select methods ( pilih kaedah , media dan bahan
pengajaaran dan pembelajaran ) ,
U – ultilize media and material ( guna media dan bahan )
,
R – require leaner participation ( dorong penglibatan
pelajar ) ,
E – evaluate and
revise ( nilai dan semak )
1.
A – analyze leaners (
membuat analisis dan gaya pembelajaran murid )
Komponen menganalisis murid merupakan salah satu
komponen yang perlu dititik beratkan sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia
seharusnya disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar , kandungan pelajaran , kaedah
, media dan bahan pelajaran itu sendiri. Ciri-ciri pelajar yang perlu kita
ketahui amatlah luas. Oleh yang demikian, penelitian haruslah dibuat agar guru
dapat mengetahui latar belakang seseorang pelajar. Ciri-ciri pelajar yang perlu
diketahui adalah seperti perbezaan dari segi keupayaan , kecerdasan , bakat ,
minat , kecenderungan , sikap , emosi dan sebagainya. Daripada penganalisis
inilah membolehkan guru menentukan kaedah , media dan bahan yang sesuai
digunakan semasa mengajar.
Analisis pelajar boleh dikategorikan kepada tiga
perkara. Yang pertama ciri-ciri umum. Analisis ini boleh diperolehi semasa sesi
suai kenal antara guru dengan pelajar pada hari pertama persekolahan.Ciri-ciri
umum pelajar termasuklah seperti umur , tahun , kelas , aliran , jantina ,
penempatan atau daerah atau kawasan , budaya dan seumpamanya.Guru harus menjadi
pemerhati semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan.Pemerhatian yang boleh
dilakukan adalah dengan memerhatikan keadaan fizikal dari segi pakaian ,
personaliti , keterampilan , kekemasan dan sikap mereka. Guru juga boleh
mengajukan beberapa soalan secara lisan kepada pelajar agar guru dapat menyelidik
pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Walupun ia dikenali sebagai
soalan lisan guru haruslah menyediakan
atau menyenaraikan soalan-soalan yang sesuai. Guru perlu menyediakan
soalan-soalan dengan lebih awal.Melalui penyenaraian ini guru dapat menyemak
soalan dengan lebih bersistematik dan seragam antara pelajar dengan pelajar
yang lain. Soalan tersebut boleh ditujukan kepada pelajar lain seorang demi
seorang. Selain itu , untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi
dengan pelajar secara langsung agar guru dapat mengetahui latar belakang dan
sikap mereka. Persekitaran pelajar juga memainkan peranan penting pambentukan
ciri pelajar tersebut. Pada aspek ini juga perlu diingatkan agar segala perbuatan
dan perkataan yang diajukan hendaklah sentiasa dijaga supaya tidak menyentuh
perasaan yang boleh menimbulkan masalah. Pemilihan kaedah , sumber dan bahan
dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah
dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan
gambar , bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.
Yang kedua ialah kompetensi khusus peringkat masuk. Ini
adalah berkaitan tentang pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang
tajuk dan kandungan pelajaran. Sebagaimana yang kita ketahui setiap pelajar
membawa pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang berbeza-beza di dalam bilik
darjah. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu
guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh
mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar melalui ujian praunit yang akan
dipelajarinya ,mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulu dengan
mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas.
Sebagai contoh pelajar tahun satu sebilangan dari mereka mungkin telah
pandai membaca dan mungkin sebilangan dari mereka masih tidak tahu membaca
hasil dari aktiviti mereka semasa berumur enam tahun. Perkara ini sering
berlaku di setiap sekolah. Oleh itu sebagai seorang guru , mereka haruslah
menyediakan soalan-soalan yang berkaitan tentang perkara yang berkaitan. Hasil
dari jawapan pelajar ini dapat membantu guru mengetahui dan mengesan tahap
pengetahuan mereka dan pengalaman sedia ada mereka. Dapatan dari analisi itu
tadi dapatlah guru meletakkan mereka mengikut kumpulan atau kelas yang
berbeza-beza mengikut tahap pencapaian mereka. Guru akan mengajar murid
mengikut tahap mereka dengan perancang pengajaran yang sesuai dan berkesan
berdasarkan pelajar. Pelajar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi seharusnya
diajar dengan kaedah yang berbeza dengan pelajar yang lemah. Selain itu dapat
membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina
pengetahuan secara konstruktivisme. Melalui ini juga dapat membantu guru
mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab. Guru harus ada maklumat tentang pengetahuan
dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari , mudahlah bagi guru
untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan
digunakan. Aspek ini tidak boleh diperkecilkan kerana kesannya sangat besar
kepada pembelajaran pelajar. Jika semua pelajar diajar dengan tahap yang sama
pelajar yang lebih lemah akan sentiasa ketinggalan dan mereka tidak memahami
apa yang diajar oleh guru.
Yang ketiga ialah gaya pembelajaran. Guru guru
seharusnya merancang program dan aktiviti pembelajaran berkesan dan menarik. Guru
sebagai model boleh menggunakan gaya seperti melakonkan keadaan mengikut tajuk.
Gaya pembelajaran seharuslah lebih kreatif dan kreatis. Murid lebih suka dengan
gaya pembelajaran yang melibatkan komunikasi dua hala iaitu di antara guru dan
murid . Pembelajaran ini kebiasaannya guru adalah hanya sebagai
pembimbing.Pelajar suka belajar berdasarkan apa yang menarik dilihat. Penumpunan
akan timbul sekiranya guru dan murid sama-sama aktif di dalam kelas. Pelajar
juga mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu
merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai
pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran merancang pengajaran dan pembelajaran yang
efektif. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses
maklumat , membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku
belajar. Selain itu sebagaimana yang kita ketahui pada masa kini ramai pelajar
yang lebih berminat kepada gaya pembelajaran yang melibatkan media. Contohnya
seperti bahan grafik, animasi , visual dan audio. Melalui cara ini pelajar tertarik
dari segi persembahan dan warna. Tarikan ini membolehkan pelajar merasa lebih
seronok dan menimbulkan perasaan ingin tahu perkara seterusnya. Gaya
pembelajaran dapat mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat
serta membentuk persepsi. Selain itu kelas akan mudah dikawal sekiranya pelajar
dapat memberi tumpuan sepenuhnya berdasarkan apa yang dilihat itu. Sekiranya
gaya pembelajaran yang dilakukan dapat menarik minat murid maka ia dapat meningkatkan pencapaian akademik , sikap
dan disiplin pelajar. Tiada lagi timbul masalah murid ponteng kelas , tidur di
dalam kelas , bising di dalam kelas atau keluar dari kelas.
2. S – State objective ( nyatakan objektif )
Langkah seterusnya adalah dengan menyatakan objektif
pengajaran dan pembelajaran secara khusus.Dalam sesuatau pengajaran dan
pembelajaran objektif adalah amat penting dan harus dinyatakan dengan jelas.
Guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid. Objektif
mestilah spesifik. Objektif tersebut seharusnya sesuai dengan kehendak pelajar
serta menetapkan perubahan tingkah laku yang akan berlaku pada pelajar.
Pernyataan objektif pembelajaran dapat membantu guru supaya lebih fokus kepada
perkara yang sepatut dipelajari dan dikuasai pelajar. Pernyataan objektif juga
dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan
itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru
tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu. Setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan
objektif pengajaran yang dibuat. Secara rasionalnya, objektif pengajaran amat
penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling
sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan.Pengajaran dan pembelajaran yang
berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar lebih memahami dengan
baik dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru. Objektif perlu
dipastikan agar menepati kehendak pengajaran. Objektif yang baik mengandungi
empat kriteria berikut:
i.
Siapa yang hendak mencapai
objektif tersebut ?
-
Fokus penulisan objektif ialah
pembelajaran. Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan
berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dlam aktiviti pembelajaran sama ada
secara mental ataupun fizikal.
ii.
Apa objektif yang hendak
dicapai ?
-
Apakah yang hendak dicapai
adalah merujuk kepada pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif
pengajaraan dan pembelajaran hendaklah dapat dilihat dan diukur pencapaiannya.
Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar. Antara
perkataan yang sesuai digunakan ialah melakar , menamakan , meramal , membaca ,
menjawab , melukis , menilai , melabel dan menjelas.
iii.
Bagaimana objektif hendak
dicapai
-
Situasi atau syarat pelakuan
bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan
suasana , langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.
iv.
Berapakah ukuran tahap minimum
yang hendak dicapai ?
-
Darjah pencapaian minimum atau
standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti
tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Penyataan pengukuran
pencapaian ni akan membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu
pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh
dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif. Contoh penulisan objektif pengajaran
dan pembelajaran ialah :
-
Pada akhir pengajaran dan
pembejaran pelajar dapat :
·
Menyenaraikan kata nama am
sekurang-kurangnya 8 dari 10 dengan betul.
·
Menamakan secara lisan
sekurang-kurangnya lima kata nama khas.
Selain daripada itu, objektif yang baik seharusnya boleh diukur dan
dilakukan oleh pelajar setelah mengikuti sesuatu unit pengajaran dan
pembelajaran. Objektif melibatkan apa sahaja berdasarkan tajuk pelajaran yang
dipelajari dan dikuasai. Contohnya
pengetahuan , kemahiran, perubahan tingkah laku , sikap , perangai dan
sebagainya. Guru akan berasa puas hati sekiranya objektif pengajaran akan
tercapai. Sekiranya objektif pengajaran tidak tercapai ini bermakna terdapat
masalah terhadap pengajaran tersebut. Oleh itu guru perlu mengkaji masalah
tersebut dan cara mengatsinya.Sebagai contoh dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia objektif yang terkandung di akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat menyenaraikan lima kata nama am dan lima kata nama khas. Sekiranya
pelajar dapat mennyenaraikan kelima kata nama am dan kata nama khas maka
objektif tersebut tercapi dan pengajaran berjaya. Dengan itu, guru boleh
meneruskan kepada tajuk yang lain. Tetapi jika pelajar gagal menyenaraikan lima
kata nama am dan kata nama khas maka objektif tidak tercapai dan pengajaran dan
pembelajaran tidak berjaya. Sekiranya ini berlaku maka guru haruslah merancang
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif , bersistematik difahami. Untuk memastikan objektif tercapai
guru harus melakukan beberapa perkara
iaitu :
i menentukan strategi pengajaran
ii mengenalpasti bahan pengajaran dan pembelajaran
ii mengenalpasti bahan pengajaran dan pembelajaran
iii menentukan tugas dan aktiviti yang
hendak dijalankan
iv menganggarkan bentuk penilaian
v menentukan masa dan ruang
iiv menganggarkan kadar pencapaian pelajar
3.S - Select methods, media and material ( Pemilihan kaedah , media
dan bahan sumber )
Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar da
matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Menurut Mc Alpine &
Werson ( 1994 ) dipetik oleh Hwinich
( 1999 ) untuk memilih bahan sumber yang sesuai soalan-soalan
berikut perlu ditanya :
·
Adakah bahan ini menepati
kurikulum ?
·
Adakah isi pelajaran menepati
kurikulum ?
·
Adakah laras bahasanya jelas ?
·
Adakah bahan ini menarik dan
dapat memotivasikan pelajar ?
·
Adakah bahan ini dapat menarik
penglibatan pelajar ?
·
Adakah bahan ini berkualiti ?
·
Adakah bukti yang menunjukkan
bahan ini berkesan ?
·
Adakah bahan ini bebas daripada
iklan dan kecenderungan memihak ?
·
Adakah ada panduan pengguna ?
Terdapat 3 langkah dalam penilaian di sini :
·
Menentukan kaedah yang sesuai
dengan tugasan pembelajaran.
·
Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan
kaedah yang dipilih.
·
Memilih , mengubahsuai atau
mereka bentuk media yang ditentukan.
3.i) Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran
pelbagai kaedah yang berbeza yang akan diaplikasikan untuk disuaikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah tersebut akan dijalankan secara
berperingkat supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar
dan bersistematik mengikut kronologi dan masa yang ditetapkan. Dalam satu
pengajaran pelbagai kaedah yang berbeza akan diaplikasikan untuk disuaikan pada
pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik minat pelajar. Contohnya set
induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan yang
dijalankan haruslah mengikut pengalaman sedia ada murid dan minat pelajar.
Contohnya kaedah simulasi , demonstrasi , latihan dan latih tubi.
3.ii) Memilih media
Pemilihan media
yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor
yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Contoh media
yang boleh dipilih seperti slaid , video , tayangan komputer multimedia. Format
media pengajaran yang dipilih perlu sesuai dengan pelajar. Sesuatu media
pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran
yang berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi
atau media yang sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi
atau media yang abstrak.Pemilihan media pengajaran yang perlu diberi tumpuan
berasaskan kriteria yang tertentu. Kriteria tersebut ialah sepadan dengan
kurikulum, maklumat tepat dan terkini , bahasa yang jelas dan tepat , menarik
minat dan mencetuskan motivasi pelajar, Media yang digunakan juga haruslah
perkara yang dapat menggalakkan penglibatan pelajar dan mempunyai teknikal
kualiti yang baik. Media tersebut perlu juga mempunyai bukti keberkesanannya dan mempunyai buku
panduan yang lengkap. Warna dalam sesuatu media yang digunakan juga memainkan
peranan yang penting. Warna yang menarik menimbulkan tarikan pelajar di mana
murid akan berasa seronok dan pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih
bermakna. Pelajar akan sentiasa menanti waktu pengajaran dan pembelajaran itu
dijalankan. Media yang menarik secara keseluruhannya akan menjadikan pengajaran
tersebut lebih bermakna. Namun begitu perlu diingat bahawa penggunaan media
perlu mengambil kira tentang kos. Masa dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah
tepat. Penggunaan media yang mengambil masa yang panjang akan memencangkan
pengajaran tersebut. Oleh itu guru harus merancang masa penggunaan media agar
penggunaan media lebih bersistematik mengikut masa yang telah diperuntukkan.
3.iii) Mereka bentuk
media
Sekiranya kita
gagal untuk memilih media yang sesuai adalah penting untuk kita mengubahsuai
media yang tersedia. Terdapat tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubah
media yang tersedia atau menyediakannya.Perkara tersebut adalah seperti objektif
pelajar. Di sini guru harus memikirkan apakah yang perlu pelajar tersebut
mencapai. Perkara tersebut adalah seperti objektif, pelajar, kos, kepakaran teknikal dan peralatan. Mereka
bentuk secara kreatif dan melibatkan pelajar secara aktif secara tidak langsung
dapat memupuk budaya berfikir di kalangan pelajar. Oleh itu ia mampu merangsang tingkahlaku dan minda
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
4. U – Use
media ( Gunakan media )
Dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran penggunaan media dan bahan
dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat amat efektif dan sesuai kepada para
pendidik. Berikutan itu juga satu perkembangan pesat dalam pembangunan industri
dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi
inovasi dan konvensional ke arah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia
dan pembangunan modal insan pelajar. Namun begitu penggunaan media dan bahan
dalam pengajaran ada fasa yang amat kritikal kerana walau secanggih atau
secantik manapun pembinaan media tetapi jika ia gagal digunakan dengan baik ia
akan memberi kesan yang amat negetif. Terdapat lima langkah bagi penggunaan
media yang baik.
Yang
pertama ialah guru haruskan menyediakan media dan bahan yang digunakan dan masa
pembelajaran yang diperlukan. Sebelum itu guru haruslah meneliti dan melihat
(preview ) video tersebut sebelum mengajar. Ini bertujuan supaya guru dapat
bersedia dan melihat sama ada isi kandungan dan tujuan yang telah ditetapkan
sesuai dengan mata pelajaran yang hendak diajar. Begitu juga dengan kesesuaian
masa yang telah diperuntukkan bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
satu mata pelajaran.
Yang
kedua ialah guru seharusnya menyediakan media dan bahan , alat serta kemudahan
yang diperlukan sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut
aktiviti pengajaran. Guru perlu merancang dan menentukan urutan apakah yang
akan digunakan untuk memanfaatkan media tersebut. Ini bertujuan agar tidak ada
pembaziran masa. Sekiranya waktu pemasangan bahan media diselenggarakan semasa
bermulanya pengajaran dan pembelajaran ia akan mengambil masa yang ada dan masa
untuk mengajar adalah lebih pendek. Jika
ini berlaku segala aktiviti dan objektif tidak akan tercapai. Murid akan berasa
kecewa dengan pengajaran pada hari tersebut. Jika ia penyediaan dilakukan
dengan lebih awal maka guru dapat mengenalpasti kerosakan perkakas media
tersebut dan ini membolehkan guru melakukan alternatif lain.
Yang
ketiga ialah guru harus menyediakan tempat pelajar itu belajar. Contohnya
seperti di dalam kelas , dalam bilik tayangan , makmal komputer , pusat
sumber atau di tempat-tempat yang sesuai
dengan pelajaran tersebut. Tempat-tempat tersebut haruslah dibuat pemerhatian
terlebih dahulu keselesaannya. Kebersihan sesuatu tempat juga memainkan peranan
yang penting agar keselesaan dapat dicari oleh pelajar. Selain itu suhu ,
pengudaraan dan pencahayaan haruslah sesuai. Jika tempat-tempat tersebut selesa
dan dipenuhi maka pelajar dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Yang
keempat guru seharusnya menyediakan pelajar. Guru perlu memastikan setiap
pelajar harus sentiasa bersedia sebelum
memulakan sesuatu pengajaran. Bilangan murid yang hadir menunjukkan sikap
mereka terhadap pengajaran kita. Sebagai mana yang kita ketahui jika kedatangan
murid memuaskan pada setiap pengajaran guru ini bermakna pengajaran yang kita
jalankan lebih bermakna kepada pelajar
dan ia telah menarik minat pelajar untuk belajar.
Yang
kelima ialah pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan
pengalaman pelajar. Pengajaran berpusatkan pada guru , maka guru harus
menyediakan sebagai seorang guru yang
professional. Jika pengajaran tersebut berpusatkan kepada pelajar maka guru
harus berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing. Guru perlu merancang bagi mengenalkan pelajar
mencari topik dari internet,perbincangan isi kandungan , menyiapkan portfolio
atau membuat pembentangkan maklumat kepada rakan sekelas. Guru harus merancang
untuk menyediakan set induksi yang menarik atau menyatakan tujuan dan objektif
pembelajaran.
5. R- Require Leaner Response ( Libatkan pelajar dalam pembelajaran
)
Untuk
memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku pelajar perlu melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran. Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar
beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku
yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris
dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan
motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk
perbincangan , latih tubi , latihan bertulis , permainan bahasa , kuiz ,
projek dan sebagainya dapat terus
mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta
merta diberi selepas member tindakbalas yang betul.
Sekiranya
pelajar terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran suasana kelas akan kelihatan
lebih aktif dan menyeronokkan. Murid dapat merasakan pengajaran tersebut lebih
bermakna. Sesuatu pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan
menghasilkan proses perubahan tingkah laku yang diharapkan. Penyediaan media
dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan
penglibatan pelajar dalam proses belajar. Penggunaan seperti gambar , foto ,
slaid gambar bersiri , video , mencetuskan perbincangan dalam kumpulan dapat
menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
6. Evaluation ( Nilai dan semak semula )
Langkah
yang keenam ini ialah melakukan penilaian dan pengubahsuaian sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan
dan keberkesanan media secara menyeluruh. Dengan kata lain penilaian adalah
proses membuat pertimbangan nilai teatang sesuatu perkara. Pernyataan tentang
hasil tujuan akan membantu untuk mengembangkan kriteria baik untuk pelajar
mahupun sesuatu kelompok. Ini semua bertujuan agar penambahbaikan dapat
dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam
pengajaran.
Keputusan
ini bukan sahaja diambil apabila semua pengajaran berakhir tetapi penilaian dan
pengubahsuai ini berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
sebelum , semasa dan selepas pengajaran. Ini dapat memastikan pemilihan
objektif , media dan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Guru perlulah
melakukan sesi refleksi pada murid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan
kepada murid bagi mengetahui apa yang telah murid perolehi daripada sesi
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Sesi ini juga dapat membantu
dan menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya. Guru harus memastikan
:
-
Adakah pencapaian antara apa yang diharapkan
berlaku?
-
Apakah pelajar dapat mencapai objektif ?
-
Bagaimana pelajar merealisasikan media yang
disediakan?
-
Adakah pelajar berpuas hati
dengan media yang digunakan?
Guru
seharusnya melakukan refleksi pelajaran pada setiap kompenan. Buat catatan
segera sebelum mengaplikasikannya pada pengajaran yang lain. Apabila hasil itu
mempunyai kelemahan pada kompenan yang tertentu maka guru harus memperbaikinya.
Sekiranya pencapaian adalah memuaskan ini menggambarkan objektif merancang telah tercapai, penggunaan media ,
kaedah dan bahan adalah tepat dan bersesuaian.
Penutup
Berdasarkam model ASSURE pemilihan
dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat
pemilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE ini dapat mengetahui perkara yang
hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui model ini juga pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan secara terancang. Model berfokuskan kepada perancangan pengajaran
dalam situasi bilik darjah. Model ini dapat menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang menggunakan media. Proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran
dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik.