Kajian
Kes: Seorang guru yang bermasalah di sekolah
Abstrak
Kajian kes yang dijalankan adalah bertujuan untuk
mengkaji seorang guru yang bermasalah di sekolah kebangsaan. Dapatan dari
kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat seorang responden
iaitu guru lelaki yang bermasalah di dalam sekolah. Di samping itu, melalui
kajian juga menunjukkan responden mempunyai masalah seperti datang lewat ke
sekolah, tidak boleh bekerjasama dengan guru lain dan menguruskan perniagaan.
Pendahuluan
Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Ia
adalah satu profesion sama seperti kerjaya-kerjaya yang lain. Kerjaya keguruan
tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan
sebagainya bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti,
berketerampilan, terpujji dan dapat menjadi model yang unggul kepada
pelajar-pelajar. Masalah ini memuatkan hasil tinjauan tentang sikap dan masalah
guru di sekolah rendah kebangsaan. Penemuan kajian ini mendapati bahawa
responden menunjukkan beberapa sikap
yang negetif terhadap tanggungjawab beliau di dalam sekolah, rakan sejawat dan
murid-murid.
Ahli-ahli penyelidik
memberi pelbagai takrifan tentang istilah sikap. Mengikut Anderson ( 1994)
terdapat lima ciri sikap yang jelas iaitu emosi, sasaran, arah tuju, kekuatan
dan ketekalan. Ciri emosi boleh dibahagikan kepada ukuran positif, neutral dan
negatif. Jika sesuatu sikap adalah positif, ia akan dituju dengan baik ke
sasarannya dan sebaliknya. Sikap seseorang boleh diukur dengan memberi
pernyataan yang membolehkannya memberi respons sama ada positif atau sebaliknya
terhadap item yang diberikan.
Penyataan masalah
Berdasarkan huraian permasalahan yang dibuncangkan di
bahagian latar belakang dengan itu penyelidik ingin meninjau sejauh mana tahap
kesedaran guru terhadap etika profesion perguruan dan pembangunan sahsiah yang
merupakan suatu item yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi
sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.
Kepentingan kajian
Penyelidik berharap agar hasil kajian terhadap
permasalahan guru dapat ditangani dan dibendung bagi membantu membentuk semula
sikap dan sahsiah guru. Selain itu, etika yang berkaitan dengan pembuatan
keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa
seseorang itu berinteraksi dengan orang lain secara secara berprotokol,
sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu etika melihat secara khusus mengenai
tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras
dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia.
Alat kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dua jenis atau
kajian sahaja iaitu soal selidik dan pemerhatian. Menurut Tuckman (1978)
instrument berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi
mendapat maklumat daripada responden jika ia disediakan dengan baik dan
mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai.
Latar
belakang guru bermasalah
Nama
: Rahman b.
Mahmud
Umur
: 47 tahun
Status
: Berkahwin
Tarikh
lahir : 5 Ogos 1965
Bangsa
: Melayu
Agama
: Islam
Jantina
: Lelaki
Keluarga
: Mempunyai seorang
isteri dan lima orang anak
Akademik
: Sijil Pelajaran
Malaysia
Ikhtisas
: Sijil Perguruan
Malaysia
-
Pengkhususan Am
Tempoh
bekerja : 25 Tahun
Nama
Sekolah : Sekolah Kebangsaan
Dato’ Kamal
Alamat
: Jalan Sepang,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Kronologi
masalah pertama
1. Datang
lewat ke sekolah
Saya sebagai penyelidik mendapati
bahawa responden sering datang lewat ke sekolah. Masalah ini dilihat amat
ketara apabila perhimpunan rasmi sekolah dijalankan pada hari Isnin yang
bermula pada pukul 7.45 pagi. Responden sering tidak menghadirkan diri ke
perhimpunan rasmi yang dijalankan hampir setiap minggu. Terdapat juga beberapa
kali responden menghadirkan diri lambat dari waktu perhimpunan dijalankan. Jika
responden datang lewat ke perhimpunan beliau akan mengelilingi murid di
bahagian belakang dengan tujuan seolah-olah Guru Besar tidak perasan akan
kehadirannya. Pihak pentadbir pernah menanyakan hal tersebut kepada responden
namun responden menjadikan kesihatannya sebagai alasan bahawa responden tidak
dapat bangun awal pagi. Pihak pentadbir mengakui bahawa perlakuan tersebut
adalah salah di sisi etika sebagai seorang guru namun tiada sebarang tindakan
yang dilakukan. Malah pihak pentadbir merasa simpati di atas penyakit yang
menimpanya. Sebagaimana yang kita ketahui dalam etika pengurusan masa SPI. BIL
2/1982 seorang guru haruslah bertanggungjawab dalam kehadirannya ke sekolah. Sebagaimana
hasil dari dapatan siasatan didapati kehadiran responden telah mencapai tahap
kritikal semenjak tahun 2010. Apabila responden sering datang lewat ke sekolah
masalah ini juga akan menyebabkan responden masuk lewat ke kelas dan adakalanya
juga responden tidak masuk ke kelas. Murid-murid yang datang ke sekolah
mengharapkan ilmu pengetahuan tetapi malangnya responden tidak menganggapkan
itu satu perkara yang penting dan sentiasa mengabaikan tugasnya sebagai seorang
pendidik. Responden mementingkan wang gaji yang diterima tanpa mewujudkan
kejujuran terhadap tanggungjawabnya. Pada dasarnya pelbagai perkara yang tidak
diingini akan berlaku di atas kelewatan atau ketiadaan guru di dalam kelas.
Yang pastinya suasana bising dan huru hara berlaku di dalam kelas. Murid-murid
berani keluar masuk kelas dengan bebas. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya
kes-kes buli dikalangan murid kerana tiada pengawasan guru di dalam kelas.
Responden sering memberikan pelbagai alasan. Pihak pentadbir pernah mengadakan
mesyuarat namun beliau akan menyatakan penyakit beliau sebagai alasan dan
responden sama sekali tidak mengaku yang responden tidak pernah tidak masuk di dalam kelas.
Pihak pentadbir sering percaya akan segala alasan yang diberikan tanpa membuat
penegasan di atas kesalahan yang dilakukan.
2. Tidak
boleh bekerjasama dengan guru lain.
Saya sebagai penyelidik mendapati
responden tersebut tidak boleh bekerjasama dengan guru lain. Responden bukan
seorang yang pendiam tetapi menjadikan status pangkatnya iaitu Guru Hal Ehwal
Murid adalah penyebab beliau tidak seharusnya berkomunikasi dengan guru yang
lain. Responden menganggap komunikasi itu akan menjatuhkan status pangkatnya.
Oleh kerana responden kurang berkomunikasi dengan guru yang lain beliau sering
membuat keputusan beliau sendiri tanpa sebarang perbincangan atau mesyuarat.
Keputusan yang dibuat oleh beliau akan dimaklumkan terus di dalam menyuarat.
Ini menyebabkan tugasan yang diberikan akan membebankan guru sebagaimana yang
kita ketahui guru di sekolah gred B mempunyai tanggungan kerja yang teramat
banyak. Responden menganggap segala keputusannya perlu diterima tanpa sebarang
mesyuarat dan perbincangan tanpa memikirkan bebanan kerja yang ditanggung oleh
guru yang lain. Selain itu responden sering melepaskan tugasan dan tanggungjawabnya
kepada setiausahanya. Kejadian ini telah berlaku pada 23 Mac 2012 di mana pada
waktu tersebut penyerahan Bantuan Wang Awal Persekolahan dan Kumpulan Wang
Pelajar Miskin. Tugasan penyerahan wang tersebut telah diserahkan sepenuhnya
kepada setiausahanya sedangkan tugasan tersebut perlu dilaksanakan bersama oleh
responden. Hasil soal selidik dari kejadian itu di dapati responden sedang
makan di kantin. Pada 20 April 2012 responden telah memburuk-burukkan beberapa
orang guru kepada pihak pentadbir supaya pihak pentadbir merenggangkan
persahabatannya dan membenci guru tersebut. Seperti yang kita ketahui seorang
guru haruslah bertanggungjawab terhadap rakan sejawat. Guru tidak perlu membuat
sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang.
Selain itu responden haruslah sentiasa membantu rakan sejawat terutamanya
mereka yang baru menyertai profesion perguruan. Pada 23 April 2012 ( Isnin)
setiausaha merasa dirinya dibebani oleh kerjanya dan mengambil keputusan
untuk mendiamkan diri tanpa menghiraukan
kerja yang diarahkan. Di atas tindakan setiausahanya responden telah memecat
jawatan setiausaha atas alasan setiausaha tidak dapat bekerjasama dengan
responden dan tidak dapat melakukan tugasan yang diberikan sedangkan segala
tugasan sebelum itu setiausaha melakukan kerja secara bersendirian. Responden
mempunyai perasaan dendam sekiranya seseorang guru mengingkari tugasan dan
arahan yang diberi olehnya. Responden sering mengugut bahawa markah prestasi
akan terjejas sekiranya guru tidak melakukan tugasan yang diberi.
3. Menguruskan
perniagaan
Saya sebagai penyelidik mendapati
bahawa responden tersebut telah menjalankan perniagaan di luar waktu sekolah.
Permasalahan ini telah berlanjutan sejak dari 3 tahun yang lalu. Terdapat
beberapa kes yang telah berlaku yang boleh dilihat bahawa aktiviti perniagaannya
mendatangkan masalah kepada sekolah. Kes yang pertama, pihak sekolah mengadakan
aktiviti kokurikulum sekitar pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang.
Responden sering pulang awal dari waktu yang telah ditetapkan tanpa memaklumkan
tindakannya kepada pihak pentadbir. Responden melepaskan tanggungjawabnya
kepada guru yang lain dan murid-murid sering diabaikan. Kes yang ke dua, pihak
pentadbir mempertanggungjawabkan responden agar melatih pasukan bola sepak pada
waktu petang kerana cuaca yang lebih sesuai latihan dijalankan. Responden
melatih pasukan bola sepak pada pukul 2.00 petang dengan cuaca yang begitu
terik dan mungkin akan menyebabkan murid jatuh sakit. Responden menjadikan
alasan yang beliau perlu pulang awal
tepat pada masanya agar responden dapat
menjalankan perniagaannya. Ibu bapa sering merungut di atas tindakannya
itu namun rungutan itu tidak dihiraukan. Kes yang ketiga, responden tidak mahu
terlibat dalam aktiviti sekolah, membantah atau melawan sebarang tugasan dan
arahan yang diberi oleh pihak pentadbir. Responden sering beranggapan segala
kerja di dalam sekolah sering sahaja diberikan olehnya sedangkan guru yang lain
turut menjalankan tanggungjawab mereka. Responden akan menarik muka sekiranya
pihak pentadbir memberi teguran dan beranggapan pihak pentadbir menyusahkan dirinya
walaupun tugasan yang diberikannya itu adalah satu tanggungjawabnya kepada
murid.
Analisis
masalah berdasarkan satu teori yang dipelajari.
1. Rasional
Pemilihan Teori Maslow
Teori Maslow adalah teori yang mengkaji mengenai
psikologi manusia, perkembangan manusia, potensi dan juga kebaikan manusia.
Menurut Maslow bahawa setiap individu mempunyai kebebasan, melalui kebebasan
yang dimiliki akan menentukan individu untuk mencari kesempurnaan dan mencapai
makna kehidupan yang sebenar. Personaliti manusia adalah unik. Maslow berpendapat
sungguh pun motivasi dan keperluan manusia mempunyai potensi untuk menguruskan
kehidupannya. Manusia akan lebih produktif dan lebih gembira jika dia dapat
mempelajari dan menggunakan segala potensi.
Oleh itu, di dalam Teori Maslow yang dikenali sebagai
Teori Keperluan Hierarki telah menghuraikan bahawa terdapat lima keperluan asas
manusia. Berdasarkan kepada lima keperluan manusia ini yang akan mempengaruhi
dan menentukan sikap dan juga tingkah laku manusia. Susunan keperluan adalah
seperti berikut:
i.
Keperluan Fisiologi
ii.
Keperluan Keselamatan
iii.
Keperluan Kasih Sayang
iv.
Keperluan Penghargaan
Kendiri
v.
Keperluan Kesempurnaan
Kendiri
Keperluan-keperluan ini telah disusun mengikut
urutan dari keperluan yang yang paling kuat ke keperluan yang paling lemah.
Keperluan peringkat bawah adalah keperluan diperingkat bawah sekali adalah
keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang lebih
tinggi diberi keutamaan. Bagi memenuhi keperluan ini maka terdapatnya tingkah
laku yang berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Namun
begitu secara umumnya hanya satu sahaja keperluan yang akan mendominasi
personaliti kerana tidak semua keperluan yang dapat dipenuhi pada masa yang
sama.
2. Analisis
masalah berdasarkan Teori Maslow.
Tahap keperluan manusia yang pertama ialah fisiologi
merupakan keperluan manusia yang paling asas. Manusia memerlukan air, udara,
makanan dan tempat tinggal bagi memenuhi kehendak utama ini. Pada masa ini
keperluan lain tiada keutamaan selagi kehendak asas dipenuhi dahulu.
Permasalahan ini dapat dirujuk kepada responden dimana responden telah
menjalankan aktiviti perniagaan semasa bertugas dan selepas bertugas. Keadaan
ini berlaku disebabkan oleh responden mengalami masalah kewangan. Hal demikian
berlaku kerana responden mempunyai tujuh orang anak yang masih bersekolah dan
keadaan ini menyebabkan responden mengalami masalah kewangan. Memandang perbelanjaan
pendidikan anak-anak meningkat terutamanya perbelanjaan anak-anak responden
yang sedang belajar di IPT. Disamping itu, masalah kewangan itu juga disebabkan
oleh gaya hidup responden yang agak mewah. Responden gemar berpakaian yang
berjenama serta mempuyai kenderaan mewah. Oleh itu adalah sukar bagi responden
untuk menumpukan perhatian kepada pekerjaan kerana asyik memikirkan bagaimana
untuk menambah pendapatan untuk memenuhi keperluannya. Maka responden lebih
banyak menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan asasnya berbanding dengan
tugas rasminya.
Tahap kedua keperluan manusia yang kedua pula adalah
keperluan keselamatan. Keselamatan ini bermaksud individu akan cuba berusaha
bagi menjamin penerusan hidupnya dengan mendapatkan sumber kewangan supaya
mampu mendapat rumah atau tempat tinggal yang sesuai. Oleh itu jika dirujuk
kepada responden bahawa beliau mempunyai tanggungan yang ramai iaitu seramai
sepuluh orang. Tanggungan itu termasuklah responden suami isteri, tujuh orang
anak dan juga ibu responden. Hal yang demikian kerana rumah yang selesa dan
sempurna diperlukan untuk menjamin kestabilan dan keselamatan hidupnya. Oleh
itu responden telah melakukan pekerjaan atau perniagaan lain untuk menampung
kos hidup terutama dari segi menyediakan rumah yang selesa untuk dirinya dan
juga keluarga.
Manakala tahap ketiga pula menjelaskan mengenai
keperluan sosial atau kasih sayang. Individu kini beralih kepada keperluan yang
tidak kurang penting dalam hidup iaitu keinginan kepada interaksi sosial. Keadaan ini dapat digambarkan melalui
pemerhatian saya terhadap responden yang mempunyai sikap tidak mahu
berkomunikasi dengan baik antara rakan sejawat. Responden bukan seorang yang
pendiam tetapi menjadikan status pangkatnya iaitu Guru Hal Ehwal Murid adalah
penyebab beliau tidak seharusnya berkomunikasi dengan guru yang lain. Responden
menganggap komunikasi itu akan menjatuhkan status pangkatnya. Oleh kerana
responden kurang berkomunikasi dengan guru yang lain beliau sering membuat
keputusan beliau sendiri tanpa sebarang perbincangan atau mesyuarat. Keputusan
yang beliau dapat itu akan dimaklumkan terus di dalam menyuarat. Ini
menyebabkan tugasan yang diberikan akan membebankan guru sebagaimana yang kita
ketahui guru di sekolah gred B menanggung kerja yang teramat banyak. Responden
menganggap segala keputusannya perlu diterima tanpa sebarang mesyuarat dan
perbincangan tanpa memikirkan bebanan kerja yang ditanggung oleh guru yang
lain. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerana responden mempunyai pengalaman
masa lampau iaitu pada zaman kanak-kanak
bapanya adalah seorang yang garang. Jika bapanya mengarah untuk melakukan
sesuatu perkara ianya tidak boleh dibantah oleh sesiapa. Oleh itu responden
telah terikut-ikut atau terpengaruh dengan sikap bapanya itu tadi. Maka
keperluan kasih sayang dan interaksi sosial harus dipenuhi oleh setiap manusia
karana sememangnya manusia tidak boleh wujud bersendirian.
Tahap kempat pula menyatakan mengenai keperluan
penghargaan diri. Dalam tahap ini individu mungkin sudah mempunyai pekerjaan
dan status yang kukuh. Oleh itu, mereka ingin pula rasa timbul perasaan ingin
dihargai, tanggungjawab yang sesuai, pengiktirafan dan sentiasa ingin kepada
arah yang lebih baik. Kerana itu jika keperluan penghargaan kendiri ini dapat
dipenuhi dengan sebaiknya ia akan membuatkan mereka berusaha dengan gigih untuk
mencapai apa yang mereka ingini. Namun begitu apa yang diingini tidak tercapai
maka akan menyebabkan mereka merasakan kekurangan harga diri dan seterusnya
menimbulkan perasaan rendah diri, tidak bermotivasi dan sentiasa mengharapkan
pertolongan org lain. Hal begini telah berlaku terhadap responden yang
mempunyai rekod selalu lewat datang ke sekolah. Sebagaimana hasil dari dapatan
siasatan didapati kehadiran responden telah mencapai tahap kritikal semenjak
tahun 2010. Apabila responden sering datang lewat ke sekolah masalah ini juga
akan menyebabkan responden masuk lewat ke kelas dan adakalanya juga responden
tidak masuk ke kelas. Murid-murid yang datang ke sekolah mengharapkan ilmu
pengetahuan tetapi malangnya responden tidak menganggapkan itu satu perkara
yang penting dan sentiasa mengabaikan tugasnya sebagai seorang pendidik.
Tahap yang terakhir adalah keperluan kesempurnaan
diri. Pada tahp ini individu sepatutnya telah dapat merasakan apa yang
sepatutnya dicapai. Ini merupakan tahap yang dimana individu telah berupaya
mempunyai perasaan puas terhadap apa yang telah dicapai selama ini. Perasaan
ini hanya dapat dirasai oleh individu yang telah dapat memenuhi kesemua tap
keperluansebelum ini dengan baik. Namun begitu terdapat tahap-tahap yang tidak
dicapai oleh responden. Maka apabila berlakunya ketidak capaian ini, responden
akan mengakibatkan tingkah laku yang tidak sepatutnya sebagai seorang penjawat
awam.
Melalui
teori humanistik ini telah member penekanan bahawa manusia dilahirkan dengan
keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus
membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Jelaslah bahawa setiap
keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhi keperluan
setiap daripada keperluan-keperluan tersebut.
Cadangan
pelan tindakan
Matlamat /
Objektif
|
Tindakan
|
Sumber
|
Tempoh
|
Ciri-ciri
kejayaan
|
Tarikh sasaran
dicapai
|
Mencapai tingkah laku
yang diingini.
|
1. Berjumpa
dengan kaunselor yang bertauliah.
2. Kenalpasti
masalah.
3. Menjalankan
ujian personaliti.
4. Berjumpa
kaunselor secara berkala.
|
1. Kaunselor
sekolah.
2. Kaunselor
luar.
3. Bantuan
kewangan daripada PIBG sekolah.
4. Sokongan
daripada pihak pentadbiran sekolah.
|
Enam bulan
|
-Perubahan
tingkahlaku.
-Cara berkomunikasi
dengan rakan sejawat bertambah baik
|
Tarikh sesi akhir
bersama kaunselor.
|
Matlamat /
Objektif
|
Tindakan
|
Sumber
|
Tempoh
|
Ciri-ciri
kejayaan
|
Tarikh sasaran
dicapai
|
Program Guru
Penyayang
-
Guru bermasalah
melibatkan diri dalam program tersebut.
|
1. Dilaksanakan
di sekolah.
2. Penglibatan
guru dan murid-murid.
3. Penerapan
nilai-nilai murni dikalangan murid dan guru.
4. Jadikan
responden sebagai contoh guru penyayang peringkat sekolah.
|
1. Peruntukan
HEM (Hal Ehwal Murid)
2. Guru-guru.
|
Januari hingga
November.
|
-
Guru yang bermasalah
menunjukan perubahan tingkah laku yang positif.
|
November
|
Matlamat /
Objektif
|
Tindakan
|
Sumber
|
Tempoh
|
Ciri-ciri
kejayaan
|
Tarikh sasaran
dicapai
|
1. Memotivasikan
semua guru bagi meningkatkan taraf profesionalisma perguruan.
2. Guru
yang bermasalah mencapai etika dan standard guru.
|
1. Pentadbir
dan kaunselor sekolah.
2. Penceramah
dari Jemaah Nazir Kebangsaan
|
1. Bantuan
kewangan daripada PIBG sekolah.
2. Tempat
: - bilik seminar.
|
1 hari
(8.00pg – 4.00 ptg)
|
- perubahan
tingkahlaku.
- cara guru
bermasalah bekerja bertambah baik.
|
|
Matlamat /
Objektif
|
Tindakan
|
Sumber
|
Tempoh
|
Ciri-ciri kejayaan
|
Tarikh sasaran
dicapai
|
1. Bimbingan
melalui rakan sejawat.
|
1. Rakan
sejawat cuba memahami apa masalah yang dihadapi oleh guru bermasalah.
2. Rakan
sejawat membantu guru bermasalah dalam pembentukan tingkah laku.
|
1. Pihak
pentadbir.
2. Guru-guru
sekolah.
|
Sepanjang tahun
|
-
Perubahan tingkah
laku yang positif.
-
Boleh berkomunikasi
dengan guru lain dengan baik.
-
Boleh bekerjasama
dengan guru-guru serta pentadbir lain.
|
Akhir tahun
|
Penilaian pelan tindakan
PELAN
TINDAKAN
|
SESI
KAUNSELING
(BERJUMPA
KAUNSELOR)
|
PROGRAM GURU PENYAYANG
|
PROGRAM
MOTIVASI
|
BIMBINGAN RAKAN SEJAWAT
|
PERUBAHAN
TINGKAH LAKU YANG DIINGINI
|
TIDAK
BERJAYA
|
TIDAK
BERJAYA
|
TIDAK
BERJAYA
|
TIDAK
BERJAYA
|
BERJAYA
|
BERJAYA
|
BERJAYA
|
BERJAYA
|
Rumusan
Oleh
itu saya amat pasti keberkesanan kajian ini bergantung kepada tindakan
menyeluruh melalui pelan tindakan yang dibuat. Pelan tindakan itu telah
dirangka khas bagi membina semula sahsiah guru yang bermasalah tersebut. Ini
adalah kerana Teori
Maslow (Teori Hierarki Keperluan Maslow) sering digunakan untuk meramal
tingkahlaku orang dalam kelompok atau organisasi, dan bagaimana memanipulasi
atau membentuk tingkahlaku tersebut dengan cara memenuhi keperluannya. Ianya
bertolak dari dua andaian dasar iaitu :
- Manusia selalu mempunyai keperluan untuk berkembang dan maju;
- Manusia selalu berusaha memenuhi keperluan yang lebih pokok terlebih dahulu sebelum berusaha memenuhi keperluan lainnya, bermaksud keperluan yang lebih asas harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum keperluan tambahan yang lebih tinggi mengendalikan tingkah laku seseorang.
Yang penting
daripada pemikiran Maslow ini adalah keperluan yang
telah dipenuhi (sebahagian
atau keseluruhan) akan berhenti daya motivasinya, kemudian motivasinya
berpindah ke upaya untuk memenuhi keperluan lainnya yang lebih tinggi.
Pemahaman tentang
adanya hubungan yang erat antara tingkah laku dan keperluan adalah penting
untuk dapat mencipta kepuasan atau mengurangi ketidakpuasan individu anggota
kelompok.
Oleh itu semua kerjasama dari semua pihak dalam
komuniti sekolah amat sekali diperlukan dalam membantu responden merubah
tingkah lakunya. Terutama sekali adalah responden itu sendiri. Responden
haruslah menerima dan juga bersedia untuk melakukan perubahan tingkah laku
serta mengikuti segala pelan yang telah dirancang bagi kebaikan dirinya. Ini
adalah penting dalam menentukan etika dan juga standard guru dalam membentuk
sahsiah yang unggul dan cemerlang.
No comments:
Post a Comment