Friday, 23 November 2012

kajian tindakan



PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan Kajian Tindakan ini. Sepanjang menjalankan kajian ini saya mendapat sokongan padu dari semua pihak. Dikesempatan ini ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada guru besar dan barisan pentadbir yang begitu bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan kajian saya ini. Kepada kawan-kawan guru, terima kasih juga kerana memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi, memberikan pandangan dan cadangan yang bernas dan membantu saya untuk melancarkan proses kajian ini.


Kepada anak-anak murid yang terlibat, terima kasih cikgu ucapkan. Kerjasama mereka dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan sangat membanggakan dan sangat dihargai.  

Akhir sekali terima kasih kepada suami dan anak-anak tercinta. Pengorbanan kalian tidak akan disia-siakan. Sokongan dan kasih sayang kalian menjadi  dorongan dan pembakar semangat untuk terus berusaha demi sebuah kejayaan. Ami



                                                                                                                             






ABSTRAK

Kebolehan murid adalah tidak sama antara satu sama lain, ada yang mudah faham dan ada yang lambat memahami apa yang guru ajarkan. Murid Tahun 1 Efisyen adalah murid yang mendapat markah yang terbawah selepas dijalankan ujian diagnostik pada awal pembukaan sekolah 2012. Mereka adalah murid yang mempunyai berbagai-bagai masalah pembelajaran. Kelas ini juga merupakan kelas untuk murid-murid LINUS. Dalam kajian ini saya memilih permasaalahan membunyikan suku kata.  Adalah diakui bahawa setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun apa yang membezakan mereka ialah cara berfikir, bertindak dan belajar. Satu teknik baru umtuk menarik perhatian mereka ialah mengeja menggunakan permainan Kotak Ajaib. Tinjauan awal mendapati 10 orang murid memang tidak boleh membunyikan suku kata KV, VKV, KVKV dan kvkvk. Sepuluh orang murid ini mula dirawat dengan kaedah Kotak Ajaib.  ini.Selepas dua sahaja minggu aktiviti ini  dijalankan empat orang daripada mereka telah dapat mengeja dengan baik tanpa perlu bantuan kad lipat lagi.

1.0  REFLEKSI AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Saya adalah guru Linus dan penyelaras LINUS di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka Bandar Baru Nilai. Saya menjadi guru LINUS semenjak LINUS mula dijalankan  lagi iaitu dalam tahun 2010. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya telah mendengar bacaan murid-murid IE seramai 25 orang melalui modul yang dibekalkan Kementerian Pendidikan ini sangatlah lemah, hanya suara beberapa orang sahaja yang kedengaran. Bermula dari situ timbul persoalan difikiran saya mengapakah mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata, yang membuatkan kemahiran membaca mereka sangat lemah. Saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan sangat suka beermain-main sesama sendiri. Mereka juga kerap meminta izin keluar untuk ke tandas, sebagai alasan untuk mengelak dari sesi pembelajaran dan bermain-main di tandas. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka akan menjadi murid yang terus tercicir. Itulah sebab utama mengapa saya menjalankan kajian tindakan ini.

2.0  FOKUS KAJIAN

Walupun saya dapat mengesan banyak masalah lain lagi yang dihadapi oleh murid 1 Efisyen ini, saya hanya memfokuskan kajian saya ini kepada cara meningkatkan kemahiran membaca suku kata  dan membatangkan menjadi perkataan bermakna. Secara khususnya murid berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat suku kata dan masalah pengamatan. Mereka seolah-olah hilang punca untuk mengeja perkataan yang di berikan. Untuk mengatasi masalah itu saya memperkenalkan kaedah membilang suku kata dengan jari. Setiap kali ingin mengeja mereka sudah sedia mengangkat jari mereka. Permainan jari ini boleh dilakukan berpasangan antara sesama murid. Cara ke dua ialah dengan aktiviti permainan kotak ajaib . Murid menjadi lebih seronok, dalam masa yang sama kawalan kelas dapat dilaksanakan dan guru juga dapat menangkap dimana kekuatan dan kelemahan murid. Hubungan guru dan murid juga menjadi lebih rapat dan mesra.

3.0  OBJEKTIF PENYELIDIKAN TINDAKAN

3.1  Objektif Umum

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid tahun 1 Efisyen membaca suku kata dan menulis suku kata. Seterusnya selepas dapat membaca suku kata ini diharapkan mereka akan dapat membaca ayat-ayat mudah. Diharapkan juga supaya mereka akan terus minat mengeja dan membaca apa saja bahan yang diberikan selepas ini, sehingga menjadi murid yang cemerlang suatu hari nanti.

3.2  Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adlah seperti berikut:
i.              Di akhir kajian 100% murid Tahun 1Efisyen boleh membaca suku kata KV dan KVK dengan betul.
ii.             Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca suku kata KVKV dan KVKVK dengan betul dan lancar.
iii.            Membina semangat ingin belajar dalam diri murid, meningkatkan rasa yakin diri dan rasa bertanggungjawab.
iv.           Mewujudkan suasana interaksi yang baik antara guru murid dan murid dengan murid.
4.0  KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada murid Linus Tahun 1 Efisyen seramai 10 orang. Empat orang perempuan  dan enam orang lelaki yang masih belum menguasai konstruk 1 hingga 4 saringan pertama linus.

5.0  PELAKSANAAN KAJIAN

5.1  Tinjauan Masalah

i.              Kaedah soal selidik
Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap penguasaan bacaan kepada 10 orang murid tahun 1 Efisyen berasaskan ujian lisan dan bacaan saringan 1 modul Linus NKRA dengan berpandukan senarai semak borang pelaporan penguasaan individu (BPPI). Analisis menunjukkan 100% murid ini gagal di konstruk mengeja suku kata. Permasaalahannya mengapa seramai 180 orang murid tahun satu yang lain boleh tetapi mereka tidak boleh.

ii.             Kaedah Temu Bual
Saya juga menjalankan sesi temu bual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan. Hasil dari temu bual itu saya dapati memang mereka tidak suka membaca. Mereka juga menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar keran sepanjang temu bual itu mereka tidak fokus, soalan diajukan banyak tidak dijawab sebaliknya hanya geleng dan angguk kepala sahaja, mata mereka juga tidak memandang kepada guru sebaliknya liar memerhati benda-benda disekeliling.Kesimpulan dari jawapan-jawapan mereka ialah sememangnya mereka tidak suka membaca keran tidak tahu membunyikan huruf dan suku kata, mereka merasakan membaca itu satu benda yang amat sukar dan takut mencuba, jika salah guru akan marah.

iii.            Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka membatangkan gabungan perkataan suku kata

terbuka dan tertutup. Item ujian adalah berdasarkan soalan bertulis saringan satu Linus NKRA. Hail dari ujian tersebut saya dapati 10 pelajar ini  tidak dapat membaca suku kata  tersebut.

5.2  Tindakan Yang Dijalankan

Saya memperkenalkan permainan Kotak Ajaib, berasaskan pendekatan kecerdasan kinestatik untuk meransang minat membaca seterusnya dapat mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup ketahap yang optimum.  Saya telah membuat 5 aktiviti dalam permainan kotak Ajaib ini.

1.    Aktiviti pertama, saya memberikan pengukuhan sebutan untuk suku kata kv.
2.    Aktiviti ke dua pula , saya menumpukan kepada sebutan suku kata kvk.
3.    Aktiviti ke tiga, saya memberi peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan kv+kv.
4.    Aktiviti ke empat, saya membuat peneguhan dalam membaca perkataan gabungan kv + kvk.

Bahan yang di perlukan dalam menjalankan aktiviti ini ialah:
i.              3 buah kotak
ii.             Kad  huruf vokal
iii.            Kad huruf konsonan pilihan guru
      Bagi menilai dan memastikan keberkesanan pengajaran dan pembealjaran Bahan-bahan               lain yang disediakan adalah:
i.              Senarai semak pencapaian setiap murid
ii.             Kad-kad bacaan ujian pra.

5.3  PELAKSANAAN TINDAKAN.
1.Murid akan melakukan aktiviti secara individu seorang demi seorang mengikut giliran.
2. Murid mengambil 1 kad vokal berlaminate dari kotak A
3. Murid mengambil satu kad konsonan dari kotak B
4. Murid akan memilih kad suku kata yang sepadan dengan vokal dan konsonan yang ada ditangan dalam kotak C.
5.Murid menyebut suku kata tersebut dan melekatkan di papan hitam.
6. 2 markah akan diberikan kepada murid yang dapat mencari kad yang betul.
7. Setiap pusingan murid diberi 5 kali cubaan.

Bil
nama
P1
P2
P3
P4
P5
JUM
1
Pelajar A
0
0
2
2
2
6
2
Pelajar B
4
4
8
4
8
28
3
Pelajar C
4
4
6
6
6
26
4
Pelajar D
2
8
8
8
6
32
5
Pelajar E
2
6
6
8
8
30
6
Pelajar F
6
6
6
6
8
32
7
PelajarG
6
4
6
6
8
30
8
Pelajar H
8
8
8
10
10
44
9
Pelajar I
8
8
8
10
10
44
10
Pelajar J
8
8
8
10
10
44

8. Apabila semua selesai murid akan mengeja suku kata tersebut beramai-ramai secara      latih-tubi, sebagai pengukuhan.
9. Murid akan diberi latihan mewarnakan suku kata yang telah dipelajari dalam bentuk lembaran kerja.
10. Murid juga akan dibekalkan satu set kad suku  kata  berlaminate untuk dibawa balik ke rumah sehinggalah mereka dapat menguasainya. Apabila sudah menguasai akan ditukar dengan  suku kata vkv, kvkv dan seterusnya.




    Kad suku kata berlaminate
ba
bu
bi
be
be
bo
ca
cu
ci
ce
ce
co
da
du
di
de
de
do
fa
fu
fi
fe
fe
fo
ga
gu
gi
fe
fe
fo
ha
hu
hi
he
he
ho
ja
ju
ji
je
je
jo
ka
ku
ki
ke
ke
ko


6.0 Penilaian

Untuk mengetahui perkembangan dan pencapaian murid, saya menjalankan ujian post. Ujian ini dapat mengesan  sama ada ada berlaku peningkatan dalam kemahiran dengan melihat peratus murid lulus dalam ujian membaca suku kata berdasarkan modul linus NKRA.

NAMA
PRA
Sepenjang rawatan
POST

M 1
 KV
M 2
KVK
M3
KVKV
M4
VKVK
M5
KVKVK

%
%
%
%
%
%
%
Salman
25
80
80
60
50
60
70
Shaheer
18
40
50
50
50
40
60
Ayu
0
60
50
40
40
40
58
Adib
30
100
100
80
80
90
100
Naqib
20
80
70
60
60
60
90
Haziq
50
100
100
100
80
80
100
Shafiqah
50
100
100
100
100
100
100
Fatimah
50
100
100
100
100
100
100
Batrisya
22
70
60
60
60
70
90
Naim
15
50
60
60
60
60
80

Jadual di atas menunjukkan peningkatan yang amat ketara pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Post. Jadual juga menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian post.
6.0 REFLEKSI
Semasa aktiviti di jalankan saya merasa sangat gembira dan terharu kerana uris saya menjalankan aktiviti ini dengn penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh. Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad suku kata  dan kad perkataan yang saya sediakan di dalam bakul khas. Dari situ saya dapat membuat kesimpulan bahawa saya telah berjaya menarik minat mereka untuk mengeja dan membaca. Tersentuh hati saya melihat mereka merangkak-rangkak membaca kad perkataan yang ada di dalam bilik itu. Semasa ujian post dilakukan, saya merasa sangat gembira dan terharu apabila melihat muid-murid yang sebelum ini langsung tidak mahu membuka mulut membaca suku kata mampu melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa tergagap-gagap. Pelaksanaan kajian tindkan ini juga banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap dunia pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri saya dan murid. Saya telah menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa akan datang, iaitu menggunakan teknik ini sedari awal dan perbanyakkan latih tubi mengeja secara individu, kumpulan dan kelas.

6.1   REFLEKSI KESELURUHAN:
       Analisa  data temu bual sebelum dan selepas kajian


Sikap terhadap bacaan
Analisis sikap
Sebelum kajian
Selepas kajian
bil
Ya
bil
Tidak
bil
Ya
bil
Tidak





Sukakah kamu membaca
0
10
10
0
Adakah membaca itu seronok
0
10
10
0
Adakah kamu minat membaca
0
10
10
0
Kamu pandai membaca
0
10
10
0
Suka mendengar orang membaca
0
10
10
0



Analisis data soal selidik sebelum dan selepas kajian



Sikap terhadap bacaan


Analisis sikap terhadap bacaan
Sebelum kajian
Selepas kajian
Bil
Ya
Bil
Tidak
Bil
Ya
Bil
Tidak
Membaca sesuatu yang susah
10
0
0
10
Tidak suka mata pelajaran Bahasa Melayu
8
0
0
10
Tiada keyakinan diri
10
0
0
10
Tidak berminat untuk membaca
1
0
0
10




RUJUKAN

1.    Modul Pengajaran Asas Literasi Tahun Satu, Program Linus Sekolah Rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.    Puan Hajah Juliani bt Abdullah, Kaedah Cepat membaca, Bacalah Sayang , Gabungan Majlis Guru Besar.

3.    Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

4.    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.


5.    Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj, Musa, 2000. Tatabahasa Dewan Jilid 2; Perkataan, Fajar Bakti Sdn Bhd.











  






No comments:

Post a Comment