Rasional
Pengajaran mikro diaplikasikan
sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang
berkesan. Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya
pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum, Bahagian
Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran
mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia.
Tujuan
§ Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan,
dan merangsang keinginan untuk membaiki diri sendiri.
§ Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran
mengajar dengan cepat dan menyeronokkan.
§ Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum
dengan cepat dan berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas
segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.
§ Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang
lebih menarik dan berkesan.
§ Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru
pelatih apabila menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti.
Pengajaran
Mikro
Mengikut Micheel J. Wallace –
Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang
dimudahkan. Pengertian itu membawa makna
iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru
dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.
Pengajaran
Mikro diaplikasikan
Tidak banyak penulis tentang pengajaran
mikro mengusulkannya sebagai ganti Praktikum di sekolah, malah kebanyakan
daripada mereka berpendapat, pengajaran mikro sebagai tambahan kepada
teknik-teknik latihan perguruan yang ada,alasan yang diberikan adalah kerana,
1.
Membolehkan pelajar menumpukan
perhatian kepada tugasan mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik
darjah, yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah.
2.
Pelajar dapat menumpukan perhatian
kepada satu kemahiran mengajar pada satu masa.
3.
Membolehkan pelajar meneliti
pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera
dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan
perlu.
4.
Dengan menekankan penganalisaan
pengajaran kepada kemahiran-kemahiran komponennya, pengajaran mikro meletakkan
asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya dalam latihan perguruan.
5.
Pendekatan pengajaran mikro adalah
mudahubah dan boleh digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk
praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan
kajian keatas proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimana
Mengendalikan Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro sebagai sampingan
praktikum di sekolah, langkah persediaan sebelum praktikum, langkah diagnosis
semasa atau selepas praktikum atau langkah peneguhan pengajaran mata pelajaran
di sekolah. Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah;
1.
Pelajar mengajar satu pelajaran yang
pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja.
2.
Mengajar pelajaran itu kepada satu
kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang sahaja.
3.
Apabila pelajaran itu tamat, murid atau
rakannya keluar, dan ia membincangkan pengajarannya itu dengan penyelianya.
4.
Selepas membuat perubahan di mana yang
diperlukan ke atas pendekatannya yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada
satu set murid atau rakannya yang lain.
Perkara
yang penting dalam pengajaran mikro
1.
Pelajar yang telah menguasai kemahiran
pengajaran tidak perlu ulang latihan pengajarannya.
2.
Pelajar yang belum menguasai kemahiran
pengajarannya perlu mengulangi pengajarn mikronya.
3.
Jika penggunaan perakam video panduan
penilaian dan penaksiran tidak perlu digunakan.
4.
Pengajaran mikro boleh dibuat di
maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke maktab/institut, atau
dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah.
5.
Maklumbalas yang segera dan tepat
membolehkan pelajar mengubah perlakuannya.
6.
Perkembangan kemahiran pengajaran mikro
tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran.
7.
Perakam vedeo mempunyai kelebihan,
mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan.
8.
Walaupun panduan penilaian dan
penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia boleh digunakan
bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan
pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.
Kemahiran
Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro tidak memberi semua
kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen
perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran
yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah.
Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang
tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran
murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri
sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang
boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia
untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah
komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran
seperti kemahiran: –
§ Set induksi
§ Tunjuk cara
§ Variasi rangsangan
§ Peneguhan
§ Penyoalan
§ Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
§ Penerangan
§ Aprisiasi
§ Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran &
Pembelajaran
§ Penutup
No comments:
Post a Comment