PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan Kajian Tindakan ini. Sepanjang
menjalankan kajian ini saya mendapat sokongan padu dari semua pihak.
Dikesempatan ini ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat.
Jutaan terima kasih kepada guru besar
dan barisan pentadbir yang begitu bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan
kajian saya ini. Kepada kawan-kawan guru, terima kasih juga kerana memberikan
kerjasama yang tidak berbelah bahagi, memberikan pandangan dan cadangan yang
bernas dan membantu saya untuk melancarkan proses kajian ini.
Kepada anak-anak murid yang terlibat,
terima kasih cikgu ucapkan. Kerjasama mereka dalam menjayakan aktiviti yang
dijalankan sangat membanggakan dan sangat dihargai.
Akhir sekali terima kasih kepada suami
dan anak-anak tercinta. Pengorbanan kalian tidak akan disia-siakan. Sokongan
dan kasih sayang kalian menjadi dorongan
dan pembakar semangat untuk terus berusaha demi sebuah kejayaan. Ami
ABSTRAK
Kebolehan murid adalah tidak
sama antara satu sama lain, ada yang mudah faham dan ada yang lambat memahami
apa yang guru ajarkan. Murid Tahun 1 Efisyen adalah murid yang mendapat markah
yang terbawah selepas dijalankan ujian diagnostik pada awal pembukaan sekolah
2012. Mereka adalah murid yang mempunyai berbagai-bagai masalah pembelajaran.
Kelas ini juga merupakan kelas untuk murid-murid LINUS. Dalam kajian ini saya
memilih permasaalahan membunyikan suku kata.
Adalah diakui bahawa setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun
apa yang membezakan mereka ialah cara berfikir, bertindak dan belajar. Satu
teknik baru umtuk menarik perhatian mereka ialah mengeja menggunakan permainan
Kotak Ajaib. Tinjauan awal mendapati 10 orang murid memang tidak boleh membunyikan
suku kata KV, VKV, KVKV dan kvkvk. Sepuluh orang murid ini mula dirawat dengan
kaedah Kotak Ajaib. ini.Selepas dua
sahaja minggu aktiviti ini dijalankan
empat orang daripada mereka telah dapat mengeja dengan baik tanpa perlu bantuan
kad lipat lagi.
1.0 REFLEKSI
AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Saya adalah guru Linus dan penyelaras
LINUS di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka Bandar Baru Nilai. Saya menjadi guru
LINUS semenjak LINUS mula dijalankan
lagi iaitu dalam tahun 2010. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
saya telah mendengar bacaan murid-murid IE seramai 25 orang melalui modul yang
dibekalkan Kementerian Pendidikan ini sangatlah lemah, hanya suara beberapa
orang sahaja yang kedengaran. Bermula dari situ timbul persoalan difikiran saya
mengapakah mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan sebutan yang betul
mengikut suku kata, yang membuatkan kemahiran membaca mereka sangat lemah. Saya
telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam pengajaran dan
pembelajaran saya. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk
membaca, tidak boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul
sebutannya serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan sangat
suka beermain-main sesama sendiri. Mereka juga kerap meminta izin keluar untuk
ke tandas, sebagai alasan untuk mengelak dari sesi pembelajaran dan
bermain-main di tandas. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka
mereka akan menjadi murid yang terus tercicir. Itulah sebab utama mengapa saya
menjalankan kajian tindakan ini.
2.0 FOKUS
KAJIAN
Walupun saya dapat mengesan banyak
masalah lain lagi yang dihadapi oleh murid 1 Efisyen ini, saya hanya
memfokuskan kajian saya ini kepada cara meningkatkan kemahiran membaca suku
kata dan membatangkan menjadi perkataan
bermakna. Secara khususnya murid berkenaan menghadapi masalah membaca di
peringkat suku kata dan masalah pengamatan. Mereka seolah-olah hilang punca
untuk mengeja perkataan yang di berikan. Untuk mengatasi masalah itu saya memperkenalkan
kaedah membilang suku kata dengan jari. Setiap kali ingin mengeja mereka sudah
sedia mengangkat jari mereka. Permainan jari ini boleh dilakukan berpasangan
antara sesama murid. Cara ke dua ialah dengan aktiviti permainan kotak ajaib .
Murid menjadi lebih seronok, dalam masa yang sama kawalan kelas dapat
dilaksanakan dan guru juga dapat menangkap dimana kekuatan dan kelemahan murid.
Hubungan guru dan murid juga menjadi lebih rapat dan mesra.
3.0 OBJEKTIF
PENYELIDIKAN TINDAKAN
3.1 Objektif Umum
Objektif kajian ini secara umumnya
adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid tahun 1 Efisyen membaca suku
kata dan menulis suku kata. Seterusnya selepas dapat membaca suku kata ini
diharapkan mereka akan dapat membaca ayat-ayat mudah. Diharapkan juga supaya
mereka akan terus minat mengeja dan membaca apa saja bahan yang diberikan
selepas ini, sehingga menjadi murid yang cemerlang suatu hari nanti.
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adlah
seperti berikut:
i.
Di
akhir kajian 100% murid Tahun 1Efisyen boleh membaca suku kata KV dan KVK
dengan betul.
ii.
Di
akhir kajian 100% pelajar boleh membaca suku kata KVKV dan KVKVK dengan betul
dan lancar.
iii.
Membina
semangat ingin belajar dalam diri murid, meningkatkan rasa yakin diri dan rasa
bertanggungjawab.
iv.
Mewujudkan
suasana interaksi yang baik antara guru murid dan murid dengan murid.
4.0 KUMPULAN
SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini
terdiri daripada murid Linus Tahun 1 Efisyen seramai 10 orang. Empat orang
perempuan dan enam orang lelaki yang
masih belum menguasai konstruk 1 hingga 4 saringan pertama linus.
5.0 PELAKSANAAN
KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
i.
Kaedah
soal selidik
Dalam pelaksanaan kajian ini, saya
telah menjalankan soal selidik tahap penguasaan bacaan kepada 10 orang murid
tahun 1 Efisyen berasaskan ujian lisan dan bacaan saringan 1 modul Linus NKRA
dengan berpandukan senarai semak borang pelaporan penguasaan individu (BPPI).
Analisis menunjukkan 100% murid ini gagal di konstruk mengeja suku kata.
Permasaalahannya mengapa seramai 180 orang murid tahun satu yang lain boleh
tetapi mereka tidak boleh.
ii.
Kaedah
Temu Bual
Saya juga menjalankan sesi temu bual
bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan. Hasil dari temu bual itu saya
dapati memang mereka tidak suka membaca. Mereka juga menunjukkan sikap tidak
berminat untuk belajar keran sepanjang temu bual itu mereka tidak fokus, soalan
diajukan banyak tidak dijawab sebaliknya hanya geleng dan angguk kepala sahaja,
mata mereka juga tidak memandang kepada guru sebaliknya liar memerhati
benda-benda disekeliling.Kesimpulan dari jawapan-jawapan mereka ialah
sememangnya mereka tidak suka membaca keran tidak tahu membunyikan huruf dan
suku kata, mereka merasakan membaca itu satu benda yang amat sukar dan takut
mencuba, jika salah guru akan marah.
iii.
Ujian
Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan
sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka membatangkan gabungan
perkataan suku kata
terbuka dan tertutup. Item ujian
adalah berdasarkan soalan bertulis saringan satu Linus NKRA. Hail dari ujian
tersebut saya dapati 10 pelajar ini tidak
dapat membaca suku kata tersebut.
5.2 Tindakan Yang Dijalankan
Saya memperkenalkan permainan Kotak
Ajaib, berasaskan pendekatan kecerdasan kinestatik untuk meransang minat
membaca seterusnya dapat mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran
membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup ketahap yang optimum. Saya telah membuat 5 aktiviti dalam permainan
kotak Ajaib ini.
1. Aktiviti pertama, saya
memberikan pengukuhan sebutan untuk suku kata kv.
2. Aktiviti ke dua pula , saya
menumpukan kepada sebutan suku kata kvk.
3. Aktiviti ke tiga, saya memberi
peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan kv+kv.
4. Aktiviti ke empat, saya
membuat peneguhan dalam membaca perkataan gabungan kv + kvk.
Bahan yang di perlukan dalam
menjalankan aktiviti ini ialah:
i.
3
buah kotak
ii.
Kad huruf vokal
iii.
Kad
huruf konsonan pilihan guru
Bagi menilai dan memastikan keberkesanan
pengajaran dan pembealjaran Bahan-bahan lain yang disediakan adalah:
i.
Senarai
semak pencapaian setiap murid
ii.
Kad-kad
bacaan ujian pra.
5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN.
1.Murid
akan melakukan aktiviti secara individu seorang demi seorang mengikut giliran.
2.
Murid mengambil 1 kad vokal berlaminate dari kotak A
3.
Murid mengambil satu kad konsonan dari kotak B
4.
Murid akan memilih kad suku kata yang sepadan dengan vokal dan konsonan yang
ada ditangan dalam kotak C.
5.Murid
menyebut suku kata tersebut dan melekatkan di papan hitam.
6.
2 markah akan diberikan kepada murid yang dapat mencari kad yang betul.
7.
Setiap pusingan murid diberi 5 kali cubaan.
Bil
|
nama
|
P1
|
P2
|
P3
|
P4
|
P5
|
JUM
|
1
|
Pelajar A
|
0
|
0
|
2
|
2
|
2
|
6
|
2
|
Pelajar B
|
4
|
4
|
8
|
4
|
8
|
28
|
3
|
Pelajar C
|
4
|
4
|
6
|
6
|
6
|
26
|
4
|
Pelajar D
|
2
|
8
|
8
|
8
|
6
|
32
|
5
|
Pelajar E
|
2
|
6
|
6
|
8
|
8
|
30
|
6
|
Pelajar F
|
6
|
6
|
6
|
6
|
8
|
32
|
7
|
PelajarG
|
6
|
4
|
6
|
6
|
8
|
30
|
8
|
Pelajar H
|
8
|
8
|
8
|
10
|
10
|
44
|
9
|
Pelajar I
|
8
|
8
|
8
|
10
|
10
|
44
|
10
|
Pelajar J
|
8
|
8
|
8
|
10
|
10
|
44
|
8. Apabila semua selesai murid
akan mengeja suku kata tersebut beramai-ramai secara latih-tubi, sebagai pengukuhan.
9. Murid akan diberi latihan
mewarnakan suku kata yang telah dipelajari dalam bentuk lembaran kerja.
10. Murid juga akan dibekalkan
satu set kad suku kata berlaminate untuk dibawa balik ke rumah
sehinggalah mereka dapat menguasainya. Apabila sudah menguasai akan ditukar
dengan suku kata vkv, kvkv dan
seterusnya.
Kad suku kata berlaminate
ba
|
bu
|
bi
|
be
|
be
|
bo
|
ca
|
cu
|
ci
|
ce
|
ce
|
co
|
da
|
du
|
di
|
de
|
de
|
do
|
fa
|
fu
|
fi
|
fe
|
fe
|
fo
|
ga
|
gu
|
gi
|
fe
|
fe
|
fo
|
ha
|
hu
|
hi
|
he
|
he
|
ho
|
ja
|
ju
|
ji
|
je
|
je
|
jo
|
ka
|
ku
|
ki
|
ke
|
ke
|
ko
|
6.0 Penilaian
Untuk
mengetahui perkembangan dan pencapaian murid, saya menjalankan ujian post.
Ujian ini dapat mengesan sama ada ada
berlaku peningkatan dalam kemahiran dengan melihat peratus murid lulus dalam
ujian membaca suku kata berdasarkan modul linus NKRA.
NAMA
|
PRA
|
Sepenjang
rawatan
|
POST
|
||||
M 1
KV
|
M 2
KVK
|
M3
KVKV
|
M4
VKVK
|
M5
KVKVK
|
|||
%
|
%
|
%
|
%
|
%
|
%
|
%
|
|
Salman
|
25
|
80
|
80
|
60
|
50
|
60
|
70
|
Shaheer
|
18
|
40
|
50
|
50
|
50
|
40
|
60
|
Ayu
|
0
|
60
|
50
|
40
|
40
|
40
|
58
|
Adib
|
30
|
100
|
100
|
80
|
80
|
90
|
100
|
Naqib
|
20
|
80
|
70
|
60
|
60
|
60
|
90
|
Haziq
|
50
|
100
|
100
|
100
|
80
|
80
|
100
|
Shafiqah
|
50
|
100
|
100
|
100
|
100
|
100
|
100
|
Fatimah
|
50
|
100
|
100
|
100
|
100
|
100
|
100
|
Batrisya
|
22
|
70
|
60
|
60
|
60
|
70
|
90
|
Naim
|
15
|
50
|
60
|
60
|
60
|
60
|
80
|
Jadual di atas menunjukkan
peningkatan yang amat ketara pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Post. Jadual
juga menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam
ujian post.
6.0 REFLEKSI
Semasa aktiviti di jalankan
saya merasa sangat gembira dan terharu kerana uris saya menjalankan aktiviti
ini dengn penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh. Mereka telah menunjukkan
minat untuk membaca kad-kad suku kata
dan kad perkataan yang saya sediakan di dalam bakul khas. Dari situ saya
dapat membuat kesimpulan bahawa saya telah berjaya menarik minat mereka untuk
mengeja dan membaca. Tersentuh hati saya melihat mereka merangkak-rangkak
membaca kad perkataan yang ada di dalam bilik itu. Semasa ujian post dilakukan,
saya merasa sangat gembira dan terharu apabila melihat muid-murid yang sebelum
ini langsung tidak mahu membuka mulut membaca suku kata mampu melakukannya
dengan penuh keyakinan tanpa tergagap-gagap. Pelaksanaan kajian tindkan ini
juga banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap dunia pendidikan. Saya
dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri saya dan murid. Saya telah
menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa akan datang, iaitu
menggunakan teknik ini sedari awal dan perbanyakkan latih tubi mengeja secara
individu, kumpulan dan kelas.
6.1 REFLEKSI KESELURUHAN:
Analisa
data temu bual sebelum dan selepas kajian
Sikap terhadap bacaan
|
Analisis sikap
|
|||
Sebelum
kajian
|
Selepas kajian
|
|||
bil
Ya
|
bil
Tidak
|
bil
Ya
|
bil
Tidak
|
|
Sukakah kamu membaca
|
0
|
10
|
10
|
0
|
Adakah membaca itu seronok
|
0
|
10
|
10
|
0
|
Adakah kamu minat membaca
|
0
|
10
|
10
|
0
|
Kamu pandai membaca
|
0
|
10
|
10
|
0
|
Suka mendengar orang membaca
|
0
|
10
|
10
|
0
|
Analisis data soal selidik
sebelum dan selepas kajian
Sikap
terhadap bacaan
|
Analisis
sikap terhadap bacaan
|
|||
Sebelum
kajian
|
Selepas
kajian
|
|||
Bil
Ya
|
Bil
Tidak
|
Bil
Ya
|
Bil
Tidak
|
|
Membaca sesuatu
yang susah
|
10
|
0
|
0
|
10
|
Tidak suka mata
pelajaran Bahasa Melayu
|
8
|
0
|
0
|
10
|
Tiada keyakinan
diri
|
10
|
0
|
0
|
10
|
Tidak berminat
untuk membaca
|
1
|
0
|
0
|
10
|
RUJUKAN
1.
Modul
Pengajaran Asas Literasi Tahun Satu, Program
Linus Sekolah Rendah.
Kementerian
Pelajaran Malaysia.
2.
Puan
Hajah Juliani bt Abdullah, Kaedah Cepat
membaca, Bacalah Sayang , Gabungan Majlis Guru Besar.
3.
Majid
Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan
Pendidikan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4.
Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
5.
Nik
Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj, Musa, 2000. Tatabahasa Dewan Jilid 2; Perkataan, Fajar Bakti Sdn Bhd.